Ahad, Februari 28, 2010

Anwar tidak jujur dengan Pas!

Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Anwar Ibrahim tidak pernah jujur dalam menjalin hubungan dengan Pas termasuk Mursyidul Amnya, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Ezam Mohd. Nor berkata, Anwar mempunyai agendanya sendiri dalam menjalinkan kerjasama dengan Pas terutama ketika berdepan krisis moral. Katanya, Anwar hanya mahu mempergunakan Pas semata-mata demi melepaskan diri daripada tuduhan meliwat.

``Bagi saya, istilah kejujuran itu tidak ada pada Anwar dan isterinya, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail. Ia bukan sahaja kes membabitkan Nik Aziz tetapi juga dalam kes lain, kes liwat dan sebagainya.

“Buktinya dalam kes Kelantan, semasa Anwar jadi Menteri Kewangan dulu, dia tidak meluluskan peruntukan yang diminta Nik Aziz ketika itu untuk menyelesaikan masalah air di Kelantan, Menteri Kewangan selepasnya yang meluluskan perkara itu,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Ezam berkata, bagi memastikan agenda politiknya terus hidup, Anwar menggunakan Pas untuk meraih simpati dan menyelesaikan masalah moral yang dihadapi.

``Anwar memang terdesak sekarang, orang macam Nik Aziz yang dilihat macam tok guru memang diperlukan oleh Anwar kerana dia menghadapi krisis moral, jadi Anwar akan menggunakannya untuk menyelesaikan masalah itu,” katanya. Beliau berkata, Pas kini dilihat sudah mula terpedaya dengan mainan politik Anwar sehingga sanggup menggadaikan prinsip utama parti untuk menubuhkan negara Islam.

``Kita tengok sekarang, Pas seperti sudah meninggalkan asas penubuhannya untuk menubuhkan negara Islam dan bagi saya, ini semua gara-gara Anwar yang memanipulasikan keadaan menyebabkan Pas tersepit.

``Sebagai contoh, DAP bersama Pas bukan kerana Pas tetapi kerana jaminan Anwar bahawa Pas tidak akan membawa negara Islam, sekarang saya hendak tanya adakah betul Pas tidak mahu lagi negara Islam," katanya.

Sehubungan itu, beliau mencabar Pas supaya menyatakan pendiriannya adakah masih mahu menubuhkan negara Islam ataupun hanya mencari kuasa politik dengan mengorbankan dasar perjuangannya.

Sementara itu di Permatang Pauh

77 ahli PKR, Pas masuk UMNO

Seramai 77 ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Pas di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti menyertai UMNO selepas mengisytiharkan keluar daripada kedua-dua parti berkenaan.

Borang keahlian UMNO diserahkan oleh ketua kumpulan itu, Saiful Hassan kepada Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang juga Pengerusi Perhubungan UMNO Pulau Pinang.

Hadir sama menyaksikan majlis itu ialah Naib Pengerusi Perhubungan UMNO negeri, Datuk Zainal Abidin Osman; Ketua UMNO Bahagian Permatang Pauh, Datuk Abdul Jalil Abdul Majid dan Ketua Pemuda UMNO negeri, Norman Zahalan.

Bekas Timbalan Ketua Angkatan Muda PKR cawangan Guar Jering, Fakhrul Che Umar dalam ucapannya berkata, keputusan itu dibuat kerana tidak lagi yakin dengan kepimpinan PKR.

''Kami sudah bosan dengan pertelingkahan dan percanggahan dalam PKR," katanya pada majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Kampung Guar Jering, di sini hari ini. Bekas Bendahari PKR cawangan Gaur Jering, Hesabudin Md. Isa pula berkata, kepincangan dalam parti pembangkang disebabkan sikap pemimpinnya yang hanya pandai berjanji.

Sumber Info dari Darul Ehsan Today ( DET )

Terdapat desas-desus mengatakan seorang lagi VIP PKR akan keluar PKR dan menyertai UMNO dalam sehari dua ini? Siapakah VIP PKR itu? Cerita ini sudah bertebaran di seluruh kem PKR. Anwar Ibrahim sudah tidak senang duduk sekarang ini kerana dengan masuk nya VIP itu kedalam umno, maka akan telanjang bulatlah Anwar dan Azmin Ali sekeluarga.

Siapakah VIP yang di maksudkan itu! VIP itu dilihat begitu rapat sekali dengan Anwar dan Azmin dan juga keluarga mereka. DET minta semua pembaca blog diharap bersabar. Tunggu sehingga hari Isnin ini dan DET akan melaporkan secara live dari lokasi tempat VIP itu mendedahkan segala rahsia sulit dan selit Anwar dan Azmin ali sekeluarga. InsyaAllah, kita tunggu dan lihat.

Suara Politik
Taminsari

6 ulasan:

Senjaliza berkata...

Salam,

Pada hari ini 28 Feb, 2008-Penghujung bulan terpendik dalam setiap tahun, Datuk Kalakau Untol menyertai PKR dan sedang mengadakan perayaan menyambut Anwar di haraman rumanhnya (kalakau).

Rakyat Sabah melihat Kalakau mcm "The queen of Spade".. ha ha ambillah di Anwar..Tambah kusut dan musnah PKR Sabah. Kalo Pairin, Koding, dan Dompok Kalakau tikam di belakang, SIAPALAH ANWAR AL JUBURI.

Anwar tidak jujur NGAMLAH Kalakau pun Tidak jujur.

YANG GAMBI berkata...

Salam bro, adakah Nik Aziz jujur dalam memperjuangkan agama Islam ? adakah AnuWar jujur dalam menghadapi kes jolok bontot Si Saiful ?

Inilah yg dikatakan kepimpinan politik yg berpandukan nafsu amarah, gila kuasa dan jawatan, segala-galanya akan dipergunakan, dipergadaikan asal dapat mencapai hasrat nafsu....

kembara putih berkata...

Nyawa UMNO bergantung kepada Anwar. Sebab tu UMNO tak habis2 cerita pasal Anwar.

bdk sg boya rwg berkata...

kembara putih siapa anwar nak tentukan nyawa umno bro???dia tuhan ke???anwar al juburi adalah tuhan main bontot je...anwar adalah melayu bangsat yg hnya memporak porandakan org melayu dan islam...pas kononya penuh dgn ahli ulamak tapi sbnarnya kimax...pakatan rosak harus di hancurkan...

Taminsari berkata...

Salam kepada sahabat-sahabat semua,

Sepertimana yang kita tahu PAS berselongkol dengan parti SEKULAR pemusnah ISLAM. Kesilapan besar Nik Aziz adalah kerana terlalu mempercayai kumpulan Erdogan di dalam PAS. Husam, Kamaruddin, Mahruz adalah pembawa Sekular Moden ala Mustafa Kamal Artatuk di dalam PAS. Nik Aziz sanggup menangis semasa doanya dihadapan ribuan penyokong di stadium pada Pilihanraya, tetapi tidak pula menangis apabila umat Islam dan Melayu diganggu-gugat oleh orang kafir DAP dan Melayu-Islam PKR yang menjadi pengkhianat agama, bangsa dan negara.

PAS sedang berarak ke arah Sekular dan juga PAS sedang menyanjung PKR, bapa Sekular Moden dan pengikut setia YAHUDI AMERIKA yang diketuai oleh Anwar. Tangisan Nik Aziz yang hanya memberi makna kepada politik sahaja dan bukannya iklas untuk perkembangan Islam. Niz Aziz menyatakan UMNO Nasionalis, tetapi PKR sendiri mengakui secara terang-terangan mereka Sekular. Kini PAS berselongkol dengan Sekular, maka PAS sedang menuju kecelakaan besar.

PKR telahpun menyerlahkan sikapnya dan sikap kebanyakkan ahli PKR yang anti perjuangan Islam yang di suarakan oleh ahlinya apabila Zulkifli Nordin di katakan mempertahankan Islam yang tidak sesuai dengan perjuangan yang di bawa oleh PKR, sikap PKR ini telah di serlahkan oleh TIAN CHUA dalam The Star pada 26 Oktober 08, antara lain Tian Chua mengatakan bahawa Zulkifli Nordin tidak boleh bersuara seolah-olah sama dengan suara parti PAS sedangkan dia adalah parti PKR yang sekular dan berbentuk pribadi Anwar Ibrahim dan Tian Chua tidak gemar Zulkifli berpolitik cara PAS.

Yang lebih hebatnya ialah kebanyakkan orang cina tidak suka cara PAS berpolitik dan lebih-lebih lagi jika orang PKR berpolitik cara PAS, di katakan juga ramai di kalangan orang melayu yang ada di dalam PKR tidak suka kepada perjuangan cara PAS. PAS sepatutnya memikirkan satu pendekatan bersatu dengan UMNO untuk memastikan sikafir-kafir merbahaya ini tidak membaham Islam. Mufti Perak sendiri melihat bahawa gabungan PAS dan UMNO di Perak adalah jalan pembuka kepada penyatuan Melayu seterusnya melahirkan kekuatan dalam Islam. Islam kuat kerana penganutnya.

bersambung...

Taminsari berkata...

sambungan...

Islam akan lemah sekiranya penganut Islam di dalam UMNO dan PAS bertelagah. Walaupun ramai soldadu PKR di dalam PAS, ini tidak bermakna PAS tidak boleh bersatu dengan UMNO. PAS akan terus dibaham dengan pendekatan sekular PKR sedikit demi sedikit apabila tidak mahu mengadakan perbincang sesama Islam di dalam UMNO yang pada masa kini menjadi ketua pemerintah Malaysia yang beragama Islam. Bayangkan Tian Chua seorang Ketua Penerangan PKR pusat mengakui bahawa PKR ialah sekular. Jelaslah sekarang PAS adalah generasi awal Mustafa Kamal Artatuk.

DAP sedang menjadikan Anwar sebagai jambatan merentasi PAS sebagai laluan menjadikan Malaysia dibawah jajahan kuasa mereka iaitu untuk menrealisasikan agenda PAP. Kini PAS dilihat berada dibawah jambatan diantara DAP dan PKR tanpa PAS dan penyokong-penyokong taksub mereka sedari taktik "command and conquer" DAP yang kini lebih terserlah untuk menghakis hak-hak Melayu dan mempertikaikan agama Islam.
Ini berlaku kerana Anwar telah mengatakan akan menjadi PM pada 16 Sept 2008 lepas walaupun semua tahu ia hanyalah pembohongan besar walaupun terpaksa menetapkan tarikh baru atau pada bila-bila masa.

Dengan syarat PAS atau pun Pakatan Rakyat iaitu mestilah seorang Islam yang layak menjadi PM, DAP telah menggunakan Anwar sebagai jabatan memberi sokongan maximum kepada Anwar sebagai bakal PM dan bukannya dari golongan PAS disebabkan ideologi yang berbeza dan DAP lebih menerima ideologi PKR dari PAS.Jika ianya berlaku, maka corak pemerintahan DAP akan menggunakan cara pemerintah "back door" yang sama seperti apa yang terjadi kepada Selangor dan Perak kini.

Ramai berpendapat yang dulunya memangkah PKR (bagi yang sedar percaturan politik DAP) pada pilihanraya ke12 kononya untuk perubahan mula menyesal kerana DAP yang merubahkan segalanya menggunakan platform PKR dan PAS. Yang dikejar tak kesampaian, yang dikendong keciciran.

Adakah penyokong PKR dan PAS dapat menyangah perkara yang sedang dilakukan DAP ini? Jadi, apa kata penyokong PAS? Masih nak sokong, diperguna, diper'donkey, ditunggang, ditipu, dipermacai oleh Anwar yang sedang dipergunakan oleh DAP untuk menghancurkan Melayu-Islam? Wallahuallam.

Salam perjuangan