Sabtu, Februari 06, 2010

Khalid Ibrahim Tahu ke Berpolitik!

Khalid didakwa langgar Perlembagaan PKR?

Pengerusi Perhubungan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor, Abdul Khalid Ibrahim didakwa bertindak membelakangkan Perlembagaan parti dengan melakukan pelantikan 17 ahli jawatan kuasa PKR bahagian Kuala Selangor, baru-baru ini.

Ketika membuat dakwaan itu, Timbalan Ketua Bahagian PKR Kuala Selangor, Arshad Abu Bakar berkata, sepatutnya mengikut peraturan kesemua kerusi itu perlu dipilih oleh ahli-ahli semasa mesyuarat agung bahagian. Abdul Khalid dikatakan bertindak demikian pada 23 Januari lalu, berikutan tindakan 13 ahli jawatankuasanya meletakkan jawatan serentak pada 20 Januari.

Dakwa beliau, kesemua ahli jawatankuasa yang dilantik oleh Abdul Khalid termasuk bagi jawatan Ketua Wanita adalah orang kepercayaan Menteri Besar tersebut dan bukan dipilih oleh ahli di peringkat akar umbi. ''Abdul Khalid berbuat demikian untuk menutup kesilapannya dan mengaburi mata ahli serta pemimpin PKR kononnya beliau boleh memimpin dan menyelesaikan masalah di bahagian itu.

"Sebenarnya Abdul Khalid telah mengeruhkan keadaan dengan berbuat demikian dan pemilihan dilakukan juga menunjukkan beliau pemimpin autokrasi serta menganggap tindakan itu adalah yang terbaik sedangkan hakikatnya tidak," katanya ketika dihubungi di sini hari ini. Beliau berkata, Abdul Khalid kini lebih senang menutup kesalahan yang berpunca daripada kelemahannya dengan membuat pelantikan baru yang jelas tidak profesional dan demi kepentingan politik semata-mata.

Selain itu, Arshad yang turut hadir dalam mesyuarat pada 23 Januari lalu telah diarah keluar daripada mesyuarat itu atas alasan tidak dijemput. "Sepatutnya kalau beliau seorang pemimpin yang baik dan ada sopan santun beliau tidak perlu berbuat demikan," dakwanya lagi.

Sehubungan itu Arshad berharap pucuk pimpinan PKR menilai sikap Abdul Khalid yang mungkin gagal mempertahankan jawatan Ketua Bahagian PKR Kuala Selangor pada pemilihan akan datang gara-gara kepimpinannya tidak lagi diperlukan oleh akar umbi.

MB hilang jawatan ketua bahagian!

Pada 21 Januari baru-baru ini Parti Keadilan Rakyat (PKR) Bahagian Kuala Selangor yang diketuai Menteri Besar, Abdul Khalid Ibrahim dibubarkan setelah 13 ahli jawatankuasanya (AJK) meletak jawatan.

Kesemua 13 AJK berkenaan termasuk Ketua Angkatan Muda (AMK), Nazaruddin Darmawan dan Ketua Wanita, Fauziah Sulaiman meletak jawatan secara berperingkat bermula November lalu hingga kelmarin. Mereka bertindak demikian kerana hilang kepercayaan terhadap Abdul Khalid yang juga Pengerusi Perhubungan PKR Selangor.

Pengumuman pembubaran PKR Bahagian Kuala Selangor itu dibuat oleh Timbalan Ketua bahagian itu, Arshad Abu Bakar di sini hari ini. Dengan pengumuman itu, bermakna Abdul Khalid hilang jawatan Ketua Bahagian sehingga pemilihan baru diadakan yang dijangka pada Mac ini.

Arshad pada sidang akhbar juga berkata, pembubaran itu dibuat kerana AJK bahagian itu yang dipilih pada Mesyuarat Agung Tahunan Bahagian 2007 (untuk sesi 2007-2010) kini hanya tinggal tiga orang.

Beliau berkata, ia selaras dengan Artikel 25.7 (Pindaan 25.9) Perlembagaan PKR iaitu jika dua pertiga daripada AJK bahagian berhenti serentak, Majlis Pimpinan Pusat hendaklah mengadakan mesyuarat agung khas untuk melantik semula AJK baru. ''Kita mempunyai 30 AJK bahagian. Mereka yang dipilih dan mempunyai kuasa hanya 20 orang manakala 10 lagi adalah lantikan.

"Sekarang 13 daripada 20 yang dipilih telah meletak jawatan, dua lagi meninggal dunia, seorang keluar parti (Azmi Mohamad) dan seorang lagi dipecat (Ketua Penerangan, Ibrahim Mahidin). Jadi, yang tinggal hanya tiga orang iaitu saya, Abdul Khalid serta seorang AJK iaitu Faridah Abdul Rahman. Mengikut Perlembagaan PKR, bahagian ini boleh dibubarkan kerana tidak cukup ahli," katanya.

Menurut Arshad, peletakan jawatan beramai-ramai dibuat kerana AJK telah hilang kepercayaan dan kecewa dengan kepimpinan Abdul Khalid yang tidak menjalankan tanggungjawabnya sebagai ketua.

Jelasnya, AJK bahagian juga berasa terpinggir dan diabaikan kerana sejak 14 bulan lalu, tiada mesyuarat diadakan menyebabkan aktiviti dan gerak kerja tidak dapat dilakukan. Malah dakwanya, PKR Bahagian Kuala Selangor tidak mempunyai pejabat pentadbiran sendiri sebaliknya menggunakan kemudahan Pejabat Kerja Menteri Besar di Pekan Ijok yang dibiayai oleh kerajaan negeri.

"Abdul Khalid juga mula mewujudkan jurang dan tidak percayakan AJK yang dilantik, bersikap diktator, angkuh, membawa gaya pentadbiran autokrasi dan langsung tidak mengambil inisiatif untuk memperkukuhkan parti walaupun ada ahli keluar parti.

"Segala pengorbanan, tenaga dan penat lelah AJK di awal penubuhan parti sehingga berjaya merampas Selangor daripada Barisan Nasional (BN) juga tidak dihargai. Ini bukan rintihan kami sebagai AJK sahaja malah juga sebagai penyokong PKR," kata beliau. Sehubungan itu kata Arshad, pembubaran itu diharap dapat mengubah kepimpinan bahagian tanpa Abdul Khalid.

Apakah Abdul Khalid akan membuang egonya dan berubah? Sama-samalah kita tunggu dan lihat sehingga PKR berkubur di negeri Selangor.

Suara Politik
Taminsari

1 ulasan:

Ms Jade berkata...

Ms Jade tak sabar nak mengundi - next PRU