Rabu, April 21, 2010

P94 : Siri 3 - Pembohongan, Kepincangan Dan Kezaliman PR di Selangor!





















ISU SOSIAL


28. Kemasukan Pelajar dan Keuntungan UNISEL Merudum

• Data menunjukkan Universiti Industri Selangor (UNISEL) mengalami masalah dari segi kemasukan bilangan pelajar dan keuntungan yangmenurun.

• Bilangan kemasukan pelajar 6,758 (2007), 4,477 (2008), 2,481 (2009) dan hanya 400 (Jan 2010).

• Keuntungan universiti merosot teruk: RM 6 juta (2007), RM15 juta(2008), - negatif RM20 juta (2009).

• Pengurangan pelajar kerana pelajar lepasan diploma enggan melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah.

• Peningkatan kos kerana emolumen meningkat sebanyak 53% pada 2009 antaranya kerana membiayai kos Naib Canselor (JUSA A), 4 TNC (JUSAB), dan 2 – Pendaftar dan bendahari (JUSA C).

29. Kerajaan Negeri Mempelopori Budaya “Budaya Berdemonstrasi”

• Menurut Ketua Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) dilaporkan berkata Selangor negeri paling panas kerana insiden demonstrasi jalanan yang berlaku di Selangor ialah lebih kurang 420 kes tahun 2009 dan 483 kes tahun 2008

• Sejarah menunjukkan Pakatan Rakyat dan kerajaan negeri lah yang mempeloporinya.

• Perhimpunan “Menghitung Masa dari Black 14 ke Arah Kemenangan Rakyat” pada 14 April 2008, di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru Kuala Lumpur. Menteri Besar Selangor juga hadir.

• Pada 6 Julai 2008 bertempat di Stadium MBPJ, Kelana Jaya, dianjurkan pula “Perhimpunan Protes Sejuta Rakyat”. Perhimpunan tersebut telah meninggalkan kontroversi yang memualkan dengan adegan penyanyi‘melondeh seluar’ – “jilat-jilat”.

• 16 September 2008, Perhimpunan Perdana Sambutan Hari Malaysia diStadium MBPJ, Kelana Jaya kononnya tarikh pembentukan “kerajaan baru Malaysia” yang nyata satu pembohongan terbesar dalam sejarah Malaysia.

30. Pusat Hiburan Semakin Bertambah

• YB Dr. Halimah EXCO Pendidikan Selangor pernah menggelar Selangor sewaktu pemerintahan Barisan Nasional sebagai Darul Maksiat dan Darul Mungkar kerana masalah sosial dengan merujuk pada data masalah sosial.

• Tetapi kini mengikut Majlis Keselamatan Negara (MKN) terdapat 5,911(2009) tempat judi, hiburan dan spa termasuk yang beroperasi secara haram sejak Pakatan Rakyat memerintah. Tahun 2008 berjumlah 3,600 lebih.

• Sedang sewaktu BN - lesen pusat hiburan, judi dan spa dihadkan kepada 700 sahaja.

• Malah YAB Dato’ Menteri Besar, EXCO, ADUN bersama-sama penguatkuasa turun padang menyita premis berkenaan dan tidak membiarkan penguatkuasa bersendirian.

• Malah YB Gombak Setia pernah kata hendak buat pasukan ”amar makruf dan nahi mungkar”, tetapi sehingga kini tiada apa-apa.

• Nampaknya Selangor sekarang sudah menjadi lebih Darul Maksiat.

31. Kadar Kemiskinan Negeri Meningkat

• Kerajaan Negeri Selangor menaikkan paras Garis Kemiskinan (PGK)kepada RM 1,500 sebulan lalu menjadikan kadar kemiskinan Negeri Selangor berada pada paras 30%.

• Menidakkan pencapaian kerajaan BN sebelum ini kemiskinan sekitar1.1%.

• Sehingga ini tiada inisiatif besar kerajaan negeri lagi konstruktif untuk menurunkan kadar kemiskinan 30% tersebut.

•Ini seolah-olah kerajaan negeri seronok buat pengisytiharan dan membawa Selangor kembali mundur.

32. Impak Latihan Belia Tidak Kelihatan

• Dalam Bajet 2009, kerajaan negeri menyediakan peruntukan RM2 juta bagi tujuan merangka dan mempromosi latihan kemahiran dan teknikal kepada belia-belia untuk mengatasi masalah pengangguran.

• Sehingga kini tidak pasti dan jelas berapa orang belia yang telah dilatih dan bekerja serta mendapat pendapatan sekurang-kurangnya RM 1,500sebulan.

•Selain melatih belia, apakah inisitif kerajaan untuk menambah peluang pekerjaan agar belia tersebut ada tempat bekerja setelah memperolehi kemahiran.

33. Selangor Kelam-Kabut Urus Setinggan

• Kerajaan Pakatan Rakyat sentiasa mengutuk tindakan kerajaan terdahulu atas dasar ’Setinggan Sifar’ yang didakwa zalim dan setinggan masih banyak belum dapat disifarkan.

• Sehingga kini kerajaan negeri hanya meneruskan usaha tertangguh kerajaan terdahulu. Mereka lambat masih gagal mengemukakan jumlah atau statistik terkini setinggan dan tempoh sasaran pelaksanaan pembasmiannya.

• Dimaklumkan bahawa kerajaan negeri baru sahaja meluluskan suatu manual prosedur bancian setinggan dan peneroka bandar yang baru.

ISU AGAMA

34. Penggunaan Dana Islam Untuk Pembangunan

• YAB Tan Sri Khalid Ibrahim ada mengusulkan agar wang zakat atau tabung seumpama Baitulmal digunakan bagi tujuan pentadbiran dan pembangunan negeri kerana kerajaan kekurangan dana.

• Kata beliau di persidangan DUN ”semua rakyat Selangor membayar cukai …membayar zakat baitulmal perniagaan. Yang dikhaskan dalam satu baitulmal. Satu baitulmal…yang mana di masuk…. Dan duit tu..akan 100% diamanahkan untuk pembangunan, ee..negeri Selangor.”

• Dalam konteks zaman kegemilangan Islam dahulu, dana baitulmal memang digunakan untuk pelbagai tujuan pentadbiran dan pembangunan di mana bukan Islam turut membayar dalam bentuk cukai kepala.

•Tetapi Baitulmal dalam konteks sekarang adalah dana umat Islam sahaja.

35. Duit Zakat Untuk Bukan Islam?

• Dalam persidangan DUN 2008, Y.B. Dr. Mohd Nasir Hashim, Kota Damansara ada mengusulkan agar wang zakat diagih kepada orang bukan Islam katanya – ”Kita dapat banyak duit zakat. Adakah peruntukan untuk memberi mereka yang bukan Islam, yang miskin kerana mereka juga adalah makhluk Allah juga. Kerana kalau duit banyak tu kita“share” sikit lah”.

• Ini menunjukkan ketidakfahaman dan kejahilan seorang pemimpin Melayu yang seharusnya tahu wang zakat hanya untuk orang Islam dalam lingkungan asnaf yang lapan.

• YB parti PAS dengan nasihat dan beri ceramah kepada YB Pakatan Rakyat yang tidak faham.

36. Pemindahan Kuil Ke Seksyen 23

• Keputusan kerajaan negeri Pakatan Rakyat mahu memindahkan sebuah kuil masyarakat India ke Seksyen 23 telah mencetuskan kemarahan masyarakat di situ yang majoritinya orang Melayu

• Sedangkan kerajaan Barisan Nasional dahulu pada 2007 telah menyediakan sebuah kawasan di Seksyen 18 dengan kos infrastruktur RM600 ribu.

• Ini menunjukkan kerajaan Pakatan rakyat terperangkap dengan janji politik untuk memindahkan mengikut kehendak sesetengah minoriti pihak dan membelakangkan kehendak majoriti

• DYMM Tuanku Sultan Selangor turut menegur perkara ini. Nampaknya kerajaan negeri gagal dan tidak berhemah lagi bijaksana dalam menyelesaikan isu ini sejak dari mula lagi.

37. Exco Hal Ehwal Agama Islam Negeri Dibisukan

• Pengerusi MAIS, Datuk Seri Mohamad Adzib Mohd. Isa menyatakan hanya lima pihak berkuasa dibenarkan mengeluarkan kenyataan melibatkan isu-isu agama Islam di negeri itu bagi memastikan maklumat disiarkan media adalah tepat.

• Lima pihak berkenaan ialah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, MAIS, Jabatan Mufti Negeri Selangor, Ketua Hakim Syarie dan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

• Malang sekali senarai tersebut tidak menamakan YB Dato’ Dr. Hassan selaku Exco Hal Ehwal Islam Negeri.

• Sudah tentu arahan ini mendapat perkenan sultan – ketua agama, jika tidak masakan Pengerusi MAIS boleh mengeluarkan pernyataan tersebut.

• Maknanya suara PAS menerusi EXCO YB Dato’ Dr. Hasan secara rasminya tidak boleh dipakai dan disiarkan bila berhubungan dengan isu-isu agama Islam.

38. YB Seri Andalas Berucap Dalam Masjid

• Di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat, kesucian Islam terus dinoda.

• Difahamkan YB Seri Andalas – Dr. Xavier Jayakumar didapati memasuki dan berucap di dewan utama masjid Taman Sri Andalas pada Oktober 2009 lalu.

• Ternyata ini menyalahi hukum Islam di mana Pengerusi MAIS, Datuk Seri Mohamad Adzib Mohd. Isa menegaskan orang bukan Islam tidak boleh memasuki masjid kerana tidak suci seperti wanita yang didatangi haid.

39. YB Shah Alam Pertikai Enakmen Undang-undang Islam

• YB Khalid Samad mempersoal kepimpinan JAIS dan MAIS sebagai pihak berkuasa agama di Selangor dan mencabar mereka menyertai politik.

• Beliau juga mempertikaikan Enakmen Agama Bukan Islam 1998 sudah ketinggalan zaman. Enekmen ini jelas melarang penggunaan kalimah Allah dalam mana-mana penerbitan agama lain.

• Ini menyebabkan beliau dipanggil mengadap oleh DYMM Sultan Selangor kerana antaranya sokongan beliau pada penerbitan Herald-The Catholic Weekly yang menggunakan kalimah Allah.

• Padahal Baginda tegas menitahkan MAIS memaklumkan kepada rakyat bahawa terdapat undang-undang yang menghalang penggunaan kalimah Allah oleh agama bukan Islam.

ISU PERIBADI

40. YB EXCO Selangor Tidak Bermoral?

• Selangor gempar dengan penyebaran gambar-gambar lucah melibatkan EXCO Selangor, YB Elizabeth Wong di internet.

• Walaupun beliau telah menghantar surat untuk meletakkan jawatan sebagai ADUN dan EXCO Selangor sebagai tanda orang bersalah, namun diminta oleh parti agar berehat dan berfikir kembali. Alasannya hak dan ruang peribadi beliau telah dicerobohi.

• Akhirnya beliau kembali bertugas atas sokongan rakan dan rakyat. Nampaknya persoalan moral dipinggirkan oleh mereka di mana kuasa mengatasi segala-galanya.

41. YB EXCO Selangor Terlibat Dengan Kongsi Gelap?

• Satu dakwaan terbuka dibuat oleh YB Wee Choo Keong, Ahli Parlimen Wangsa Maju dari PKR mendakwa dalam blognya EXCO Selangor ada hubungkait dengan kegiatan gelap (underworld) dan pejabatnya turut digunakan untuk tempat bermesyuarat bagi kegiatan tersebut(underground business activities).

• YB Pandamaran disebut-sebut orang terlibat dalam aktiviti ini.

42. YB Sekinchan Cuai Memandu Menyebabkan Pelajar Koma

• ADUN Sekinchan, Ng Sue Lim, disiasat polis satu kemalangan dipersimpangan lampu isyarat berhampiran Universiti Industri Selangor(Unisel) Seksyen 7, Shah Alam pada 12.30 pagi, 8 Februari 2010.

• Kemalangan pada tengah malam itu membabitkan seorang pelajar Melayu universiti tempatan dan dilaporkan dalam keadaan koma.

• Ng Sue Lim dikatakan telah membuat laporan dan menyalahkan pelajar terbabit manakala saksi memberi maklumat menyatakan YB Ng Sue Lim mungkin berada dalam keadaan mabuk berikutan kesan bau arak yang cukup kuat ketika bercakap di tempat kejadian dan ketika membuat laporan polis.

Jadi inilah diantara pembohongan dan kepincangan yang telah dilakukan oleh kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor. Banyak sekali isu-isu yang dibangkitkan dan semuanya merupakan isu yang ada asas dan kredibiliti untuk dibahaskan oleh BN.

Dilihat PR amat mudah menabur janji sebelum berkuasa dan selepas berkuasa janji hanya tinggal janji. Kata-kata tidak dikotakan. Dengan kata mudah ' cakap tak serupa bikin '. Ketika BN memerintah segala macam bentuk kebajikan atau pembangunan yang dilakukan semuanya di kutuk dengan bermacam-macam tomahan. Tetapi sekarang apabila mereka memerintah semuanya balik terkena pada batang hidung sendiri. Banyak kepincangan dan pembohongan yang telah dilakukan oleh YB-YB mereka. Mungkin sekarang mereka baru tahu bahawa langit tu tinggi ataupun rendah. Sebenarnya Bukan senang hendak memerintah!

Adakah di PRK P94 Hulu Selangor ini Pakatan Rakyat bakal menghidangkan atau menaburkan janji-janji baru selepas gagal melaksanakan janji-janji terdahulu semata-mata untuk mendapatkan undi!

Sekurang-kurangnya rakyat sudah bijak untuk menilai apa yang sudah kerajaan negeri Selangor telah lakukan terhadap mereka selama 2 tahun lebih. Walaupun BN kalah dan hilang kuasa di negeri Selangor, namun soal kebajikan rakyatnya tidak pernah dilupakan. Kepada pengundi-pengundi di Hulu Selangor, undi adalah ditangan anda! Gunakan lah dengan sebaik-baiknya demi kemajuan dan pembangunan Hulu Selangor.

BN Mampu Berubah. Sayangi Selangor, Yakini Barisan Nasional (BN).

Suara Politik
Taminsari

1 ulasan:

Unknown berkata...

Sekurang-kurangnya rakyat sudah bijak untuk menilai apa yang sudah UMNO telah lakukan terhadap mereka selama 50 tahun lebih. Walaupun PR baru mentadbir leihh 2 tahun di negeri Selangor, namun soal kebajikan rakyatnya tidak pernah dilupakan. Kepada pengundi-pengundi di Hulu Selangor, undi adalah ditangan anda! Gunakan lah dengan sebaik-baiknya demi kemajuan dan pembangunan Hulu Selangor.

Selamt Mengundi.....Tolak MIC. selamatkan Melayu.