Rabu, Mei 05, 2010

Selangor Bangkit : UNISEL Kerugian - Kurang Pelajar!


UNIVERSITI INDUSTRI SELANGOR (UNISEL)

Sejak penyusunan semula pentadbiran UNISEL di bawah kerajaan Pakatan Rakyat, kita dapati UNISEL menghadapi masalah pengurusan dan keyakinan awam.

Bilangan pengambilan pelajar setiap tahun telah menurun daripada 6,758 orang pada tahun 2007 kepada 4,477 orang ( tahun 2008 ), 2,481 orang ( tahun 2009) dan didapati jumlah keseluruhan pelajar telah menurun daripada lebih 15,000 orang pada tahun 2008 kepada 10,000 orang pada tahun 2009.

  • Mengapakah bilangan pelajar makin menurun.
  • Adakah disebabkan oleh syarat baru pengambilan pelajar yang telah dinaikkan daripada minima SPM 3 kredit kepada minima 5 kredit bagi menjamin kualiti UNISEL.
  • Mengapakah pelajar-pelajar yang mempunyai 5 kredit tidak memilih UNISEL tetapi beralih kepada IPTA dan IPTS lain.
  • Adakah rakyat tidak lagi percaya dan yakin tentang kualiti UNISEL jangka pendek dan jangka panjang dan secara langsung kepada kerajaan Pakatan Rakyat.
  • Sebenarnya rakyat bimbang tentang kredibiliti UNISEL akhir-akhir ini kerana telah menjadi medan ‘indoktrinasi’ politik Pakatan Rakyat dengan penglibatan beberapa tokoh politik Pakatan Rakyat, terutama dari PAS dalam beberapa program UNISEL.

Kedudukan Kewangan UNISEL

  • Penurunan bilangan pelajar yang begitu besar telah menjejaskan pendapatan UNISEL, sedangkan kos pengurusan dan operasi tidak dapat dikurangkan kerana kemudahan-kemudahan yang sedia ada terpaksa diselenggara walaupun tidak digunakan sepenuhnya. Mengikut satu laporan yang kesahihannya mungkin dipersoalkan oleh kerajaan, perbelanjaan UNISEL meningkat daripada RM 79 juta pada tahun 2008 kepada RM 94 juta pada tahun 2009 walaupun bilangan pelajar menurun dengan besar. Pada tahun 2009, UNISEL mengalami defisit sebanyak RM 20 juta.
  • Yang menjadi persoalan kita, dalam keadaan kewangan yang kurang memberangsangkan, pihak UNISEL telah menambah jawatan Timbalan Naib Canselor daripada seorang kepada 4 orang pada tahun lalu – pertambahan tiga orang jawatan baru. Tindakan ini telah menambahkan perbelanjaan emolumen kakitangan.
  • Memang benar di Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Malaya, Universiti Sains Malaysia dan Universiti Putra Malaysia terdapat 4 orang Timbalan Naib Canselor. Tetapi Universiti-universiti ini mempunyai organisasi yang lebih besar daripada UNISEL. Perlukah UNISEL mencukupi kuota 4 orang dalam keadaan kewangannya yang kurang kukuh pada masa ini.

    Terdapat juga laporan amalan repotisma dalam perlantikan jawatan kanan tanpa membuat penelitian dan siasatan terperinci yang membolehkan seorang Timbalan Naib Canselor baru dilantik dari universiti lain walaupun mempunyai rekod buruk sebelum ini terlibat dalam satu kes yang telah dilaporkan kepada pihak polis dan masih dalam siasatan.

    Sebenarnya UNISEL sekarang sedang menghadapi masalah kredibiliti dan keyakinan awam. Kerajaan Selangor jangan bersifat ‘defensive’, dengan izin, – sindrom penafian. Hanya menyalahkan pentadbiran yang lalu. Kita hendaklah melihat sejauhmana wawasan menjadikan UNISEL bertaraf dunia dapat dicapai sepenuhnya dengan masalah-masalah yang sedang dihadapi sekarang.

    " BN Mampu Berubah. Sayangi Selangor, Yakini Barisan NAsional ( BN )"

    Suara Politik
    Taminsari

Tiada ulasan: