Khamis, Januari 13, 2011

Blogger Yang Gambi telah kembali ke Rahmatullah.

Baru sebentar tadi telah dimaklumkan bahawa blogger Abdul Aziz Baharom atau lebih dikenali sebagai Yang Gambi telah pergi buat selama-lamanya meninggalkan kita akibat jangkitan kuman pada paru paru.

Allahyarham Abdul Aziz Baharom 56, telah di sahkan meninggal dunia di Hospital Tengku Ampuan Afzan Kuantan. Jenazahnya akan dikebumikan di Felda Keratong 2 Pahang esok.

Perginya seorang pejuang dunia maya yang komited dan konsisten menentang penjajahan Pakatan Rakyat amat dirasai rakan-rakan yang telah bersamanya sejak tahun lepas. Walaupun tidak pernah bertemu namun allahyarham kerap mengunjungi Belantan dan selalu meninggalkan komen-komen yang bernas. Pemergiannya merupakan satu kehilangan yang besar kepada kita semua khususnya UMNO dan BN.

Salam takziah dari Belantan buat keluarga allahyarham. Semoga rohnya mendapat rahmat Allah swt dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Amin.

Al- Fatihah.




















Amin-amin ya rabal al amin.

Sebagai menghormati rakan seperjuangan yang telah kembali ke Rahmatullah, maka pada hari ini (Khamis) blog ini tidak akan mengeluarkan apa-apa posting. InsyaAllah kembali menemui pembaca pada hari Jumaat nanti.

Suara Politik
Taminsari

3 ulasan:

blogenstarz berkata...

AL FATIHAH..

AMINNNNNN....

Tanpa Nama berkata...

Syukur. Dapatlah beliau bertemu Tan Sri Mohtar Abdullah dan Khalid Jeffry di sana.

Unknown berkata...

al fatihah.