Selasa, Februari 22, 2011

Isu skandal MBI : Ada berani kah Faekah Husin menafikan pendedahan dokumen ini!

Terlebih dahulu tahniah diucapkan kepada Setpol MB Selangor, Faekah Husin kerana telah berjaya " membogelkan " bosnya iaitu MB Khalid!

Dengan pendedahan ini diharap rakyat negeri Selangor dapat menilai akan kepincangan yang berlaku di dalam pentadbiran MB Khalid. Menderhaka kepada titah baginda Sultan Selangor, menghina pegawai tadbir awam, salahguna kuasa, wang rakyat dan sebagainya.

Dan yang terbaru selepas isu penyelewengan Yayasan Selangor, timbul pula isu skandal Perbadanan Menteri Besar (MBI)! Yang menariknya akan isu ini adalah apabila Setpol MB Khalid cuba menunjukkan akan " kebijaksanaannya " mencabar UMNO Selangor dan Dato' Noh Omar mengemukakan bukti penyelewengan MBI menyalahgunakan wang rakyat sebanyak RM80,500!.

Dato' Noh Omar dalam satu kenyataannya di akhbar Sinar Harian juga mencabar Faekah Husin supaya meletakkan jawatan jika bukti-bukti yang diminta berjaya didedahkan! Sila lihat di sini .

Perbelanjaan itu dikeluarkan oleh Menteri Besar Incorporated (MBI) bagi membayar tempahan 100 bilik perwakilan PKR seluruh negara di sebuah hotel di Petaling Jaya ketika kongres itu diadakan.

Yang jelas sekarang adalah pencurian dan rompakan harta rakyat di Selangor bukan lagi dilakukan secara tersorok seperti kes curi pasir di negeri itu dahulu, ia kini dilakukan secara terang-terangan tanpa rasa bersalah oleh kerajaan negeri.

Pembiayaan penginapan perwakilan pada Kongres PKR ketujuh tahun lepas merupakan satu jenayah penyelewengan, penyalahgunaan kuasa dan rasuah oleh PKR Selangor di bawah pimpinan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Ini adalah bukti surat menyurat bagaimana deal tentang tempahan bilik 100 buah telah dibuat.

Surat daripada Armada Hotel kepada MBI


Antara senarai 100 bilik yang telah ditempah


Performa invoice dari Armada Hotel kepada MBI


Resit bayaran kepada MBI..


Jika dilihat kos keseluruhan yang telah dibayar oleh kerajaan Selangor melalui MBI adalah sebanyak RM80,500 yang melibatkan 100 buah bilik berharga RM 201.25 sebuah. Bilik hotel telah ditempah bermula pada 25 haribulan sehinggalah ke 29 haribulan yang menjadikan keseluruhan tempahan adalah sebanyak 5 hari 4 malam.

Kita sama sekali tidak mempertikaikan jumlah yang telah dibayar oleh mereka kerana bagi mereka RM80 ribu itu hanya untuk mereka berjoli sakan dalam masa 1 malam tetapi intigriti sesebuah kerajaan negeri yang menggunakan wang rakyat untuk tujuan politik. Itu yang perlu kita pertikaikan?

Rakyat perlu sedar yang kerajaan negeri Selangor sekarang telah menyalahgunakan duit rakyat dan tindakan mereka untuk menegakkan benang yang basah adalah satu tindakan bodoh yang tidak perlu dilakukan. Kita tengok apa jawapan Setpol MB Khalid selepas bukti penyelewengan dana rakyat ini didedahkan kepada ramai.

Beranikah Faekah menyahut cabaran Dato' Noh Omar supaya beliau meletakkan jawatan selepas pendedahan ini! Sama-samalah kita tunggu dan lihat. Wallahuallam.

Suara Politik
Taminsari

Tiada ulasan: