Selasa, Februari 08, 2011

MB Khalid "gementar" bersemuka dengan Khusrin!















Mana tidaknya MB Khalid gementar apabila "secara terpaksa" bersemuka dengan Datuk Khusrin dipejabatnya semalam. Setelah agak sekian lama bermain " tarik tali ", akhirnya MB Khalid terpaksa akur dengan "sandiwara bodoh dan gagal" ciptaan beliau sendiri!

Simpati dan kasihan yang amat sangat dengan nasib Datuk Mohd Khusrin, Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Selangor yang baru. Bekas Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) yang dikenali sebagai pegawai kerajaan yang amat digeruni semasa perkhidmatannya, kini sedang dihina.

Sebenarnya Mohd Khusrin ialah contoh pegawai kerajaan yang kita perlu ada. Tegas, berani dan tidak boleh ‘main- main’. Dari segi profesionalisme, Khusrin memang layak duduk di kerusi baru itu. Tapi sebaliknya beliau kini sedang dihina sehina-hinanya.

Jika dulu pegawai kerajaan Selangor dihina dengan pemberian penyapu, kini institusi itu sedang dihina dengan lebih kejam lagi. Mereka telah diludah. Dikhabarkan pada hari beliau melaporkan diri dan mahu masuk ke pejabatnya di tingkat 19 bangunan SUK Selangor, ada halangan besar yang ditempuhinya.

Kunci pintu ke biliknya telah ditukar. Tombol pintu itu semuanya ditukar bagi menghalangnya masuk dan duduk di atas kerusinya. Ramai yang tersentak mendengar cerita itu. Nak tergelak pun ada, sedih pun ada. Jika benarlah cerita itu, maka tersangat teruklah perangai mereka yang mengarahkan perkara itu dibuat.

MB Selangor, Khalid Ibrahim yang pada ketika itu sedang bertungkus-lumus menghalang Khusrin itu patut merasa malu pada dirinya sendiri. Sudahlah titah Sultan Selangor pun dibantah, lebih daripada itu beliau telah memutar-belitkan apa yang Tuanku Sultan pertitahkan kepadanya. Apa nak jadi dengan Khalid ini?

MB Khalid mempertikaikan pelantikan Mohd Khusrin sebagai SUK berkuat kuasa 1 Januari lepas oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, dengan mengatakan beliau tidak dimaklumkan terlebih dahulu mengenai pelantikan itu.

Berikutan itu, kerajaan Selangor yang diterajui bersama oleh Parti Keadilan Rakyat, Pas dan DAP mengadakan sidang khas Dewan Undangan Negeri (DUN) untuk meminda Undang-undang Tubuh Negeri Selangor, bagi mengembalikan kuasa Sultan dan Menteri Besar dalam pelantikan SUK, Pegawai Kewangan Negeri dan Penasihat Undang-undang Negeri, yang berada di bawah bidang kuasa suruhanjaya tersebut.

Namun setelah pindaan itu gagal kerana tidak mendapat sokongan majoriti dua pertiga anggota dewan, maka MB Khalid tiada pilihan lagi terpaksa menerima Datuk Mohd Khusrin walaupun dengan hati yang berat! MB Khalid terpaksa memanggil Mohd Khusrin untuk bersemuka dan menyerahkan tugasan pertama sebagai SUK Selangor semalam!

Antara tugasan pertama Datuk Mohd Khusrin sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Selangor yang baru adalah beliau diminta membantu menangani masalah penduduk setinggan yang mendiami tanah negeri itu. Ianya dimaklumkan sendiri oleh MB Khalid semasa kedua-dua mereka mengadakan pertemuan di pejabat Menteri Besar di Bangunan SUK di sini.

Sekretariat Akhbar Pejabat Menteri Besar dalam satu kenyataan berkata pada pertemuan itu, Mohd Khusrin juga diminta menyediakan laporan dari masa ke masa kepada kerajaan Selangor mengenai maklumat terkini hartanah yang dimiliki kerajaan negeri demi mengenal pasti nilai tanah terbiar dan bermasalah.

"Mohd Khusrin juga diminta meneruskan usaha-usaha kerajaan Selangor menangani masalah kecurian pasir yang boleh mengganggu pendapatan kerajaan negeri,” kata kenyataan itu.

Kenyataan itu bagaimanapun tidak menyebut sama ada Abdul Khalid membenarkan Mohd Khusrin mengangkat sumpah simpan rahsia di hadapannya bagi membolehkan SUK itu menghadiri mesyuarat exco dan mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Selangor.

Sementara itu, Mohammed Khusrin ketika dihubungi mengesahkan beliau telah diberi taklimat oleh Menteri Besar mengenai tugasannya dalam pertemuan petang ini. Bagaimanapun, beliau enggan mengulas mengenai upacara majlis angkat sumpah rahsia di hadapan Menteri Besar yang dijangka diadakan Rabu ini.

''Biarlah Menteri Besar yang mengeluarkan kenyataan," kata beliau.

Pada 27 Januari lalu, Abdul Khalid mengumumkan bahawa akan mengadakan pertemuan dengan Mohammed Khusrin hari ini dan kemudian mengadakan sidang media bersama bagi menjelaskan kedudukan SUK tersebut.

Selamat Bertugas diucapkan kepada Datuk Mohd Khusrin!

Suara Politik
Taminsari

Tiada ulasan: