Selasa, Mac 22, 2011

MB Khalid perlu dedah dana sebenar Yayasan Selangor!

Sebagai Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Selangor, MB Khalid digesa supaya mendedahkan jumlah sebenar dana Yayasan Selangor semasa diserahkan kepada pentadbiran PR yang diketuai oleh PKR.

Dimaklumkan bahawa Yayasan tersebut mempunyai jumlah dana yang besar sebelum pengurusannya bertukar tangan. Dipercayai Yayasan Selangor mempunyai RM67 juta atau lebih sebelum diserahkan kepada PR. Tetapi hari ini yang sedihnya apabila kita lihat yayasan tersebut mengalami defisit sehingga RM7.41 juta. Persoalannya adalah kemana hilangnya dana yang sebegitu banyak sebelum ini?

Ini jelas menunjukkan banyak perbelanjaan yang tidak telus, tidak berhemah serta tidak munasabah yang telah dibuat oleh pengurusan yayasan tersebut. ( akan dibongkar didalam artikel seterusnya ). Sebelum itu MB Khalid dicabar supaya mendedahkan jumlah sebenar dana ketika diserahkan kepada pengawasan beliau!

Dipercayai bahawa Khalid sanggup mengenepikan peraturan kerana mahu suku-sakatnya dilantik kejawatan tertentu. Yang menariknya Khalid tidak pernah ambil tahu apa yang berlaku pada agensi atau anak syarikat milik Kerajaan Negeri kerana beliau terlalu memberikan sepenuh kepercayaan kepada kroni-kroni yang dilantik olehnya sendiri!

Jadi adalah tidak pelik sekiranya Yayasan Selangor mengalami kerugian seperti yang dihadapinya sekarang. Dimanakah ketelusan yang diamalkan oleh Pakatan Rakyat yang heboh dilaung-laungkan ketika sebelum PRU ke-12 yang lalu. Dulu mereka kata mereka adalah sebuah kerajaan yang mengamalkan ketelusan dan bertanggungjawap, tetapi dengan pendedahan sebelum ini tentang lapuran kewangan yayasan, dimanakah ketelusan yang mereka sebenarnya.

Nyata slogan hanya tinggal slogan sahaja dan pada masa yang sama mereka memperkayakan kroni-kroni mereka. Dulu mengata orang, tetapi sekarang mereka yang lagi lebih.

Tunggu pendedahan yang lain dalam artikel seterusnya.

Suara Politik
Taminsari

Tiada ulasan: