Khamis, Mac 31, 2011

PKNS boros : Gaji pegawai kontrak tak masuk akal!

Sempena sidang DUN Selangor - Cara PKNS berbelanja dipertikai!

Barisan Nasional (BN) semalam mendedahkan perbelanjaan tidak terkawal termasuk sikap tidak percaya terhadap kakitangan yang didakwa dilakukan oleh pengurusan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS).

Abdul Syukur Idrus (BN-Kuang) berkata, berdasarkan maklumat yang diterima beliau difahamkan bahawa PKNS melantik pegawai kontrak, perunding dan syarikat pengurusan dengan bayaran yang tinggi sehingga memberikan kesan kepada kedudukan kewangan PKNS.

" Berdasarkan kiraan, PKNS telah membelanjakan sebanyak RM93,000 sebulan hanya untuk membayar lapan pegawai kontrak setiap bulan sedangkan kerja-kerja berkenaan boleh dilakukan oleh kakitangan PKNS sendiri!

" Bayangkan, pengurusan PKNS telah melantik seorang akauntan secara kontrak dengan gaji RM20,000 sebulan. Itu tidak termasuk lagi perlantikan seorang individu hanya untuk menulis ucapan Pengurus Besar PKNS dengan bayaran RM7,500 sebulan.

" Selain itu, pengurusan PKNS antaranya turut melantik secara kontrak seorang akauntan pemasaran, seorang perunding dan seorang pegawai dalam latihan sebanyak RM10,000 sebulan selain membayar RM18,500 sebulan untuk dua pegawai khas kepada Pengurus Besar," katanya!

Abdul Syukur turut mempersoalkan perlantikan seorang perunding pembangunan hartanah yang dikenali sebagai Dr.Armen selama enam bulan dengan bayaran RM935,000 untuk projek Science Park 2 dan Bernam Jaya.

" Perlantikan pegawai kontrak termasuk Pengurus Besar PKNS sendiri dilihat memberikan kesan besar kepada anak syarikat itu memandangkan mereka ini tidak biasa dan berpengalaman dengan peraturan kewangan kerajaan.

" Kecenderungan membelakangkan peraturan tersebut dilihat telah diterima pakai oleh PKNS atas alasan kecekapan dan pentadbiran 'ala korporat'.

" Namun, laporan dan penemuan Jabatan Audit Negara Negeri Selangor sebelum ini mendapati pada keseluruhannya pengurusan kewangan PKNS adalah tidak memuaskan kerana ketidakcekapan pengurusan serta garis panduan kewangan yang tidak jelas," katanya!

Jadi macamana MB Khalid? Masih lagi hendak menyimpan " pegawai-pegawai kontrak " sehingga kering kantung kewangan PKNS! Bila dah kering kantung nanti, baru nak cakap...'maaf saya tidak diberitahu berkenaan hal ini'!

Dan lagi satu persoalan buat MB Khalid...Apakah tujuan asal PKNS ditubuhkan? Adakah rakyat Selangor sekarang mendapat manfaat dari kewujudan PKNS? Berapa ramai lagi rakyat Selangor tidak memiliki rumah sendiri. Adakah PKNS sekarang dapat menyediakan rumah-rumah mampu milik oleh rakyatnya yang berpendapatan rendah? Fikir-fikirkanlah..

Suara Politik
Taminsari

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

PKR tak pandai pimpin negeri, apa yg dia tau adalah pimpin ekononmi poket sendiri. P.K.R = Parti Kencing rakyat....

usin berkata...

kalau ambik sikit2 = mencuri. kalau ambik agak banyak = merompak. kalau ambik dalam skala besar mcm kt pkns tu = MENYAMUN. khalid adalah kepala penyamun duit rakyat selangor!!! tuan hakim, dia bersalah atau tidak dan apa hukumnya? dia salah dan hukum tembak dgn senapang gajah..

amoi berkata...

bukan aljuburi dilantik pakr ekonomi selangor.. bekas menteri kewangan tu beb.. bekan TPM.. bekas BANDUAN....tak patut berlaku mcm itu...itu fitnah beb