Selasa, Mac 22, 2011

Skandal Yayasan Selangor - Elaun bekas Pengurus Besar tetap dibayar walaupun tidak hadir mesyuarat!

MB Khalid dikatakan menyalahgunakan dana Yayasan Selangor untuk membayar elaun Low Siew Moi walaupun tidak menghadiri mesyuarat!

Wanita bukan melayu yang pernah menggegarkan persada politik negeri Selangor sebagai bukan melayu pertama dilantik sebagai Pengurus Besar PKNS masih lagi menjadi kesayangan MB Khalid.

Yang menariknya Low Siew Moi sebenarnya "menikmati" elaun yang dibayar dari kantong simpanan Yayasan Selangor. Apakah peranan dan fungsi wanita ini kepada Yayasan Selangor..? Mengapa Low begitu istimewa kepada Khalid?

Sila perhatikan dibawah ini dengan teliti, bukti pembayaran elaun kepada Low Siew Moi walaupun pada catatan kehadiran ahli ahli mesyuarat, terbukti beliau tidak hadir.




Khalid dalam kenyataannya sebelum ini berkata, laporan audit Yayasan Selangor oleh Bahagian Audit Dalaman Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri yang disemak terdapat beberapa isu berkaitan perbelanjaan yang tidak mengikut aturan selain wujud tindakan yang didapati tidak menjaga kepentingan yayasan itu. Itu termasuklah perbelanjaan yang tidak telus, tidak berhemah dan tidak munasabah menyebabkan kos perbelanjaan meningkat tanpa kawalan!

Jika sudah tahu ada perbelanjaan yang tidak telus, penyelewengan dan amalan kronisma didalam yayasan, apa kah rancangan Khalid selepas ini? Sanggupkah beliau meletak jawatan sebagai Menteri Besar sepertimana yang di minta oleh Datuk Seri Noh Omar sebelum ini. Sampai bila Khalid yang korupsi ini mahu lagi memimpin negeri Selangor. Adakah sehingga negeri Selangor menjadi bankrap, maka barulah ketika itu Khalid akan melepaskan jawatan! Wallahuallam.

Suara Politik
Taminsari

Tiada ulasan: