Sabtu, Januari 14, 2012

MB Khalid cuba 'lepas tengkok sendiri'?


Ketua Pembangkang Selangor, Datuk Mohd. Satim Diman kesal dengan sikap Kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor yang mengambil sikap ‘lepas tengkuk sendiri ' apabila menyalahkan pihak lain berhubung masalah kutipan sampah di negeri ini.

Menurutnya, sikap sedemikian jelas dilihat bagaimana Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mendakwa kononnya wujud cubaan sabotaj oleh pihak tertentu dengan menabur semula sampah menggunakan beberapa buah lori di kawasan yang telah dibersihkan oleh pihak berkuasa tempatan (PBT).

Katanya, sebagai kerajaan yang mentadbir negeri ini, mereka tidak harus bersikap sedemikian kerana adalah menjadi tanggungjawab memastikan setiap dasar yang dibuat memberi manfaat kepada rakyat.

‘‘Dalam tempoh empat tahun, siapakah yang mentadbir Selangor ini, adakah Barisan Nasional (BN)? Mereka patut sedar bahawa merekalah yang mentadbir negeri ini.

‘‘Sekiranya mereka mengatakan pentadbiran kerajaan negeri hari ini telus dan berkebajikan, bagaimana boleh timbul aduan dan rungutan daripada rakyat mengenai perkhidmatan kutipan sampah,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Isu perkhidmatan kutipan sampah telah mencetuskan kemarahan dan tidak puas hati oleh para penduduk di negeri ini, antaranya melibatkan kawasan Shah Alam, Klang dan Kajang yang kecewa dengan kegagalan pengurusan perkhidmatan tersebut.

Masalah itu timbul selepas Kerajaan PKR Selangor menamatkan perkhidmatan Alam Flora Sdn. Bhd., dan kontraktor baru yang dilantik gagal melaksanakan tugas dengan baik.

Bagaimanapun, pada 4 Januari lalu, Abdul Khalid cuba ‘melepaskan diri’ apabila mendakwa masalah sampah yang berlaku di negeri ini sejak kebelakangan ini adalah kerana perbuatan khianat pihak tertentu.

Mohd. Satim berkata, masalah sampah yang berlaku di negeri jelas menunjukkan kegagalan pentadbiran negeri menyediakan perkhidmatan yang baik kepada rakyat.

‘‘Pentadbiran yang gagal sudah tentunya memberi kesan kepada agensi-agensi di bawah kerajaan negeri seperti PBT sendiri,” katanya.

Suara politik
Taminsari

1 ulasan:

usin berkata...

apa punya baral la mb hensem ni. aci tuduh je asal dpt lepaskan tengkok. kalau ada malaun yg sabotaj dgn tabur sampah berlori2, kenapa tak tangkap je, bagi penyepak sedas dua dan serah pada polis? boleh tak bagi alasan yg agak cerdik sikit? ni mcm budak2. awak tu dh tua, jgn la pakai skil budak2...