Selasa, Februari 28, 2012

Gempar...!!! Erykah Bertatoo Allah Akan Adakan Konsert Di KL?

Kewajaran Erykah Badu untuk mengadakan konsert di Malaysia pada 28 Februari ini dipersoalkan ramai ekoran gambar kontroversinya yang mempamerkan badannya bertatoo dengan kalimah Allah tersebar di internet sebelum ini.

Seorang peminat industri hiburan tanahair yang prihatin dengan isu tersebut telah mengirimkan emel kepada blog hiburan popular, Rotikaya.com, mempersoalkan kelulusan yang berikan kepada Ratu Neo-Soul itu mengadakan persembahannya di Malaysia.

“Peminat ini berminat bertanyakan siapa sebenarnya yang layak memberikan kebenaran untuk Erykah Badu mengadakan persembahan di Malaysia jika beliau pernah menggunakan ALLAH (kalimah) sebagai tattoo?,” kata pemilik blog tersebut.

Gambar tersebut menyaksikan Erykah Badu memakai tatoo palsu bertulis kalimah Allah yang sengaja dilekatkan di bahagian atas dada dikiri dan kanannya.

Menurut blog itu lagi, Erykah Badu mengaku dirinya beragama Islam dan difahamkan bahawa beliau merupakan salah seorang penganut Five Percenters di mana para ulama sunnah wal jamaah secara sepakat tidak mengiktiraf golongan serpihan ini sebagai muslim sejati.

Erykah Badu dijadualkan mengadakan persembahan secara langsung di Malaysia pada 28 Februari ini di Plenary Hall, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) anjuran Pineapple Concerts Sdn Bhd.

Konsert “Erykah Badu Live in Kuala Lumpur” itu juga merupakan konsert di dalam siri jelajah ‘Australasia’nya dan Malaysia terpilih sebagai destinasi pertama.

Penyanyi kelahiran Texas, Amerika Syarikat ini pernah dikritik hebat ekoran sebuah video klip yang dirakamkan di bandar kelahirannya itu dan menyaksikan beliau berjalan-jalan sambil menanggalkan pakaiannya satu persatu sehingga berbogel tahun lalu.

Sementara itu : The Star diminta perjelas gambar penyanyi bertatu Allah

Kementerian Dalam Negeri (KDN) memanggil The Star untuk memberi penjelasan berhubung penyiaran gambar seorang penyanyi wanita Amerika Syarikat yang mendedahkan bahagian atas dadanya, yang tertera tatu perkataan “Allah” dalam akhbar itu.

Timbalan Menteri berkenaan, Datuk Lee Chee Leong berkata, KDN memanggil Pengarang Urusan, Ketua Pengarang Berita dan Pengarang Kanan The Star petang ini untuk memberi penjelasan mengenai tindakan akhbar itu menyiarkan gambar berkenaan dalam edisinya hari ini.

Beliau berkata, akhbar itu juga akan diberi Surat Tunjuk Sebab untuk memberi penjelasan bertulis dalam masa seminggu kepada KDN.

"Tindakan susulan akan dibuat berdasarkan kepada penjelasan yang diberikan (akhbar itu kepada KDN),” katanya dalam satu kenyataan di sini, malam ini.

Dalam ruangan muziknya, The Star menyiarkan gambar penyanyi “funk”, “hip-hop” dan “soul”, Erykah Badu, 40, yang menunjukkan wajah dan bahagian atas dadanya.

Sebahagian dadanya terdedah dan tertera pelbagai tatu, termasuk perkataan “Allah”, di bahagian sisi kiri dan kanan dadanya berhampiran ketiak.

Penyanyi itu, yang berasal dari Dallas, Texas, pernah memenangi anugerah Grammy dan akan membuat persembahan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur pada 29 Februari ini.

Suara Politik
Taminsari

Tiada ulasan: