Selasa, Mac 13, 2012

Pendedahan Senarai Kontraktor Perkhidmatan Pengurusan, Pengurusan Dan Kutipan Sisa Pepejal di MPAJ!


Pada 29 JULAI 2010, satu mesyuarat ahli majlis telah diadakan di bangunan MPAJ, Pandan Indah dimana seorang ahli majlis bernama Dr. FAM SENG CHOY telah mengeluarkan kenyataan supaya pihak Majlis PBT membuat cadangan terhadap Menteri Besar SELANGOR untuk menubuhkan sebuah syarikat baru bagi mengendalikan masalah kutipan sampah di seluruh negeri agar dapat memberi perkhidmatan yang terbaik dan memenuhi kehendak asas komuniti.

Ekoran dari itu, pihak Jabatan Perkhidmatan Perbandaran Dan Kesihatan MPAJ telah dipertanggungjawabkan untuk mewartakan kepada pihak Alam Flora bahawa segala kerja-kerja pembersihan kawasan akan diambil alih oleh pihak PBT. Ini berdasarkan bahawa kajian yang dibuat oleh pihak PBT bahawa kontraktor lantikan Alam Flora didakwa tidak melaksanakan tugasan dengan sempurna.

Isu ini juga telah dibawa di dalam mesyuarat di SUK, Shah Alam oleh Dr. Sarodin bin Shaari iaitu seorang pegawai di Jabatan Perkhidmatan Perbandaran dan Kesihatan MPAJ pada bulan MAC 2011.

Pada pertengahan tahun 2011, Azmin Ali (AP Gombak/ Adun Bukit Antarabangsa) telah membawa isu ini di dalam sidang DUN dimana kerajaan negeri perlu menamatkan konsesi Alam Flora atas alasan gagal memberikan perkhidmatan yang baik.


Sekali lagi isu ini dibincangkan di peringkat mesyuarat SUK pada bulan JULAI 2011, dimana Dato’ Dr. Hasan Ali menyangkal segala dakwaan menyatakan perkhidmatan Alam Flora adalah teruk dan mencadangkan agar konsesi Alam Flora dikekalkan sehingga kajian terperinci dilakukan dalam satu tempoh yang akan ditetapkan.

Namun cadangan oleh Dato’ Dr. Hasan Ali telah dibantah oleh Ronnie Liu dimana beliau tetap menegaskan bahawa dakwaan perkhidmatan yang amat teruk oleh Alam Flora adalah berasas dan turut tetap mencadangkan agar konsesi Alam Flora ditamatkan dengan serta merta bagi melantik syarikat lain.

Keputusan telah dibuat oleh Menteri Besar Selangor hasil dari mesyuarat tersebut dimana beliau memutuskan untuk menamatkan konsesi Alam Flora berkuatkuasa pada akhir bulan FEBRUARI 2012, atas alasan gagal memberikan perkhidmatan terbaik disamping tidak bersetuju dengan program penswastaan Alam Flora yang ditetapkan oleh Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (PPSPA) di bawah Kementerian Perumahan Kerajaan Tempatan.

Keputusan kerajaan negeri menamatkan konsesi Alam Flora telah menimbulkan impak negatif di kalangan 37 kontraktor lantikan Alam Flora dimana sebanyak 18 syarikat kontraktor lantikan Alam Flora telah mengadakan dua sidang akhbar di Ampang bagi membantah tindakan kerajaan negeri tersebut kerana kerajaan negeri telah melanggar ‘management agreement’ antara Alam Flora dan pihak Majlis antara lain kandungan perjanjian tersebut menyatakan Alam Flora dilantik menjadi konsesi sehingga diswastakan.

Pihak Alam Flora juga telah bertindak memfailkan saman terhadap kerajaan negeri sebanyak RM 180 juta iaitu melibatkan jumlah hutang kerajaan negeri terhadap Alam Flora seluruh negeri Selangor sejak tahun 2008. Bagi daerah Ampang Jaya pihak kerajaan negeri mempunyai hutang sebanyak RM 1.5 juta dan sebahagian telah dibayar meninggalkan baki hutang tertunggak sejumlah RM 800,000 yang masih belum dibayar.


Pada bulan januari 2012, pihak MPAJ telah mengeluarkan tender terbuka bagi kerja-kerja pembersihan namun senarai syarikat sebanyak 36 buah syarikat telahpun dipilih secara ‘underground’ bagi setiap tender ditawarkan dan telahpun diwar-warkan secara rasmi pada bulan februari 2012 dimana akan mula menjalankan kerja-kerja pembersihan pada 1 mac 2012 dengan tempoh perkhidmatan selama tiga tahun dengan tambahan dua tahun. ( 3 + 2).

Maksud dipilih secara ‘underground’ adalah melalui prosedur awal iaitu pihak kontraktor akan mengambil borang permohonan di upen dimana borang tersebut setelah diisi akan dibawa bersama ketika bertemu dengan Zuraida Kamaruddin serta ahli majlis untuk mendapatkan tandatangan pengesahan.

Dipercayai ketika inilah perbincangan menentukan pembayaran komisen sebanyak 30 peratus dari nilai tender akan diberikan kepada Zuraida Kamaruddin sebagai upah untuk permohonan tersebut terus dibawa ke pihak MPAJ sebagai laluan mudah mendapatkan tender.

Senarai Syarikat kontraktor perkhidmatan pengurusan pelupusan dan kutipan sisa pepejal yang telah dilantik adalah seperti berikut :-







Sumber : sel13

Suara Politik
Taminsari

Tiada ulasan: