Khamis, April 26, 2012

Haram sokong Ambiga...!!!


Presiden Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (Muafakat), Ismail Mina Ahmad berkata, adalah haram bagi umat Islam menyokong Datuk S.Ambiga kerana Pengerusi Gabungan Pilihan Raya Bebas dan Adil (Bersih) itu merupakan pejuang tegar kepada amalan seks songsang di negara ini.

Sehubungan itu, beliau yang juga tokoh agama berkata, umat Islam yang terlibat dalam perhimpunan Bersih wajib malu kerana dikepalai oleh pejuang yang menyokong perkara bercanggah dengan agama.

“Sewajarnya umat Islam menjauhi pemimpin seperti ini dan membuat pilihan lebih tepat dengan memilih ketua yang selayaknya dan melakukan perhimpunan di lokasi tertutup dalam menuntut sesuatu perkara,’’ katanya di sini, hari ini.

Beliau mengulas kenyataan bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa berdasarkan fatwa ulama tersohor dunia, Sheikh Dr. Yusuf Al-Qardhawi berhubung amalan LGBT iaitu umat Islam dilarang makan dan minum bersama dengan pengamal serta penyokong seks songsang, apatah lagi, jika berada di belakang individu yang cukup dikenali sebagai penyokong kuat amalan tersebut.


Manakala Pengerusi Bersama Bersih 3.0, Ambiga Sreevanasan, yang juga Pengerusi program Seksualiti Merdeka pula berkata, beliau akan menggabungkan perhimpunan Bersih dengan himpunan "Lesbian, Gay, Bisexual and Transexual (LGBT)" yang terganggu oleh larangan pihak berkuasa ke atas penganjuran program Seksualiti Merdeka pada November tahun lepas.

Ambiga dikatakan melihat himpunan kali ini adalah kesempatan terbaik untuk memperjuangkan hak golongan LGBT, dalam masa yang sama mempromosikan Pakatan Haram sebagai organisasi yang menjuarai isu-isu berkaitan hak asasi manusia di Malaysia.

Apakah disebabkan tindakan Ambiga menyebabkan Nik Aziz Nik Mat semalam terpaksa mengeluarkan "fatwa" bahawa kehadiran (ahli-ahli PAS) ke Himpunan BERSIH 3.0 adalah wajib! Mursyidul Am PAS itu berkata hadir ke perhimpunan BERSIH ini wajib kerana ia diadakan untuk menentang ketidakadilan proses pilihan raya yang tidak selari dengan Islam.

"Mana-mana pihak yang melakukan perkara tidak berlandaskan Islam wajib kita tentang," ujarnya kepada akhbar rasmi PAS Harakah di pejabatnya di Kota Baharu semalam. Cumanya, kita nak tanya promosi golongan LGBT berlandaskan Islam ke Tok Guru? Adakah memperjuangkan hak LGBT sekarang sudah menjadi wadah perjuangan PAS?

Sambutan Maulidul Rasul diharamkan di Kelantan, tetapi 'himpunan haram' ini pula nak 'dihalalkan'? MasyaAllah.

Suara Politik
Taminsari

Tiada ulasan: