Rabu, April 04, 2012

MB Khalid 'mencekik darah' - Tindas anak belia negeri!

Tindakan anak syarikat kerajaan negeri, MSNS Holdings Sdn. Bhd. mahu menaikkan kadar sewa pejabat yang diduduki oleh Majlis Belia Selangor (MBS) di Kompleks Belia dan Kebudayaan Selangor di Seksyen 7, Shah Alam dekat di sini sehingga 300 peratus menunjukkan Kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor semakin rakus dan mementingkan wang semata-mata.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Seri Noh Omar berkata, tindakan itu menunjukkan kerajaan pakatan pembangkang di negeri ini sebenarnya gagal membela nasib golongan belia sebagaimana yang dijanjikan dalam kempen pilihan raya.

Malah katanya, kerajaan negeri terus memberikan tekanan kepada MBS yang merupakan pertubuhan induk belia di negeri ini dengan mewujudkan majlis belia berasingan di peringkat pihak berkuasa tempatan (PBT).



Berikut adalah kenyataan daripada Presiden, Gerakan Belia 4B Malaysia yang kesal dengan tindakan Kerajaan Pakatan Haram Selangor yang menaikkan sewa bangunan yang diduduki oleh mereka.

Apakah Kerajaan Selangor tidak prihatin dengan golongan belia? Katanya banyak kecairan tunai dengan berbillion di tangan, kadar sewaan dengan majlis belia pun nak berkira ke Khalid Ibrahim?

"Tindakan menaikkan sewa keatas pejabat Majlis Belia Selangor amat mengecewakan para belia negeri khususnya Belia 4B Selangor yang juga bernaung di bawah Majlis Belia Selangor (MBS).

Saya selaku Presiden Gerakan Belia 4B (GB4B) Malaysia merasakan bahawa tindakan ini amat tidak wajar dilakukan oleh kerajaan negeri, ini kerana Majlis Belia bukanlah sebuah badan yang mempunyai keuntungan seperti sebuah syarikat perniagaan.

Majlis Belia juga menjadi tempat bernaung kepada persatuan-persatuan belia yang mana ianya secara tidak langsung membabitkan kebajikan belia di semua peringkat.

Saya mewakili seluruh ahli-ahli belia khas nya 4B melahirkan rasa kekecewaan dalam hal sebegini, Saya juga berpendapat bahawa, sebagai sebuah kerajaan yang mentadbir sebuah negeri yang paling kaya didalam negara ini, adalah mustahil untuk kerajaan mengalami kerugian jika tidak menaikkan sewa bangunan tersebut.

Akhir kata dari saya, saya menyeru semua belia-belia di Selangor membuka mata dan melihat apakah sebenarnya yang dimahukan oleh kerajaan Selangor sekarang ini dengan tindakan mereka ini, ternyata mereka tak perlukan sokongan Belia secara keseluruhannya. Wallahualam."


Kompleks Belia & Kebudayaan Negeri Selangor ini adalah bangunan milik NGO yang berteraskan "non-profit oriented". Kompleks ini adalah hasil pembinaan oleh kerajaan Barisan Nasional demi memenuhi aspirasi belia yang mahukan satu pusat pentadbiran yang tersusun, dalam proses merangka aktiviti atau program untuk anak muda Selangor.

Janganlah disebabkan marahkan nyamuk, maka kelambu pula hendak dibakarnya. Bukankah yang menjadi mangsanya nanti adalah anak-anak belia Selangor itu sendiri! Fikir-fikirkanlah..!!!

Suara Politik
Taminsari

Tiada ulasan: