Sabtu, Jun 23, 2012

Gempar Akuan Palsu..!!! Anwar Salahguna Kuasa Untuk Menipu Rakyat?




Selepas bekas Penolong Gabenor Bank Negara, Datuk Abdul Murad Khalid tampil mengesahkan akuan berkanun yang dibuat beliau 13 tahun lalu adalah benar, kini bekas Pengarah Siasatan Badan Pencegahan Rasuah (BPR), Datuk Abdul Razak Idris pula membuat pendedahan beliau telah membuat akuan bersumpah membersihkan nama Anwar daripada dakwaan memiliki 20 akaun induk bernilai RM3 bilion atas permintaannya yang merupakan bekas Timbalan Perdana Menteri ketika itu.

Bekas Pengarah Siasatan Badan Pencegahan Rasuah (BPR) itu digesa membuat laporan polis berikutan pendedahan beliau diarah membuat akuan bersumpah menutup kes pemilikan 20 akaun induk bernilai RM3 bilion oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ahli Parlimen Wangsa Maju, Wee Choo Keong berkata, tindakan Anwar memaksa Abdul Razak membuat akuan bersumpah tersebut adalah kesalahan yang berat di sisi undang-undang.



Choo Keong yang merupakan bekas pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) juga berkata, pendedahan itu serius kerana akuan bersumpah yang dibuat bukan atas kerelaan Abdul Razak dan boleh disifatkan sebagai akuan palsu.

"Ini adalah satu kesalahan, ia merupakan akuan palsu. Mana boleh Anwar memaksa Abdul Razak membuat akuan bersumpah semata-mata untuk menutup dakwaan yang dihadapinya.

"Abdul Razak perlu segera membuat laporan polis dan pihak berkuasa juga perlu bertindak dengan serta-merta. Jelas sekali ia bukan akuan bersumpah Abdul Razak tetapi orang lain," katanya ketika ditemui di lobi Parlimen hari ini.

Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim pula berkata, beliau tidak hairan dengan pendedahan itu kerana hakikatnya banyak isu membabitkan Anwar mengugut dan memaksa pegawai kerajaan telah didedahkan.

"Sebab itu saya mahu ingatkan Anwar, jangan sombong dan angkuh, sudah banyak bukti baru yang timbul berhubung salah lakunya semasa menjadi Timbalan Perdana Menteri," jelasnya.

Ditanya berhubung tindakan Anwar yang sering berdolak-dalik berhubung isu berkenaan, Zahrain berkata, ia memang permainan Ketua Pembangkang itu untuk mengalihkan persepsi negatif terhadap diri beliau.



Sementara itu, Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir pula menyifatkan pendedahan tersebut sebagai bukti terbaru penyalahgunaan kuasa oleh Anwar sewaktu memegang kuasa.

"Selama ini, Anwar tuduh kita macam-macam, tetapi berdasarkan bukti-bukti didedahkan hari ini, semua tuduhan yang dilemparkan itu, sebenarnya beliau yang lakukan.

"Jadi, satu siasatan menyeluruh perlu dilakukan oleh pihak berkuasa untuk mengenal pasti kebenaran," ujarnya.

Bagi penulis jelas pendedahan terbaru yang dibuat oleh bekas Pengarah Siasatan Badan Pencegahan Rasuah (BPR), Datuk Abdul Razak Idris bahawa Anwar meminta untuk membuat akuan bersumpah bagi menutup kes berkenaan membuktikan penyalahgunaan kuasa Ketua Pembangkang itu ketika menjadi Timbalan Perdana Menteri.

Siasatan secara mendalam perlu dilakukan dan tidak boleh mengharapkan kepada siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semata-mata memandangkan ia melibatkan jumlah wang yang sangat besar.

Pendedahan terbaru ini amat mengejutkan. Ia juga merupakan bukti akuan bersumpah menyatakan kes berkenaan telah selesai sebenarnya dibuat atas permintaan Anwar!

Satu Suruhanjaya Siasatan Diraja perlu ditubuhkan segera bagi menyiasat perkara ini. Rakyat mahu tahu dari mana datangnya wang RM3 bilion itu dan ke manakah duit itu disalurkan, kepada kroni atau siapa?

Suara Politik
Taminsari

Tiada ulasan: