Sabtu, Jun 30, 2012

MB Khalid Sibuk Pertahan Faekah, Rakyat Derita Gangguan Air Makin Serius?


Sebahagian penduduk Pangsapuri Mega Indah, Ampang berkumpul bagi menggesa Syabas supaya segera menyelesaikan masalah air yang terputus sejak seminggu lalu di Ampang, semalam.

Benar kata pepatah melayu, gajah dengan gajah bergaduh...semut ditengah mati tersepit! PKR sibuk dengan sengketa dalaman, rakyat pula yang menjadi mangsa. MB Khalid sibuk mempertahankan Faekah, sehingga lupa mendengar masalah rakyat.

Beberapa kawasan di ibu negara dan Hulu Langat kini mengalami gangguan bekalan air serius melibatkan kira-kira 42,080 akaun pengguna.

Pengarah Eksekutif, Bahagian Hal Ehwal Korporat Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) Abdul Halem Mat Som berkata, sehubungan itu pihaknya telah mengaktifkan Pelan Tindakan Kecemasan (ERP) Kod Hijau di kedua-dua wilayah ekoran penurunan paras kolam utama.

Menurutnya, langkah itu bagi memastikan pihak Syabas dapat membuat pemantauan rapi dan membantu pengguna di kawasan terlibat.

"Setakat jam 5 petang semalam, Syabas telah menerima sejumlah 183 aduan dari kawasan Hulu Langat, manakala 258 aduan dari Kuala Lumpur berhubung ketiadaan bekalan air sejak 25 Jun lalu.

''Daripada 42,080 akaun pengguna, 23,000 merupakan pengguna di Kuala Lumpur, manakala 19,000 bagi Hulu Langat,'' katanya dalam kenyataan akhbarnya di sini.

Di Kuala Lumpur, kawasan terlibat ialah, Taman Bukit Permai; Kampung Cheras Baru; Taman Muda; Taman Mastika dan Taman Mawar.

Turut terlibat Taman Putra; Taman Pandan Mewah; Taman Lembah Maju; Taman Teratai; Taman Saga; Taman Melur; Jalan Chan Sow Lin, Persiaran Putra; Jalan Robson dan Brickfields.

Di Hulu Langat, kawasan terlibat ialah Taman Puncak Utama; Taman Putra Budiman; Taman Balakong Jaya; Taman Impian Indah dan Taman Desa Karunmas. Terlibat sama, Taman Harmoni; Taman Sri Timah; Taman Sungai Besi Indah; Taman Tanming Jaya; Taman Juara Jaya; Taman Bukit Belimbing dan Taman Impian Ehsan.


Sebelum ini, Syabas telah melaporkan sebanyak 47 kawasan di sekitar Petaling, Hulu Langat dan Klang mengalami gangguan bekalan air dan tekanan rendah. Ia kesan daripada penyusutan paras kolam-kolam utama akibat peningkatan permintaan melebihi kadar pengeluaran air sepanjang cuaca panas dan kering yang melanda ketika ini.

"Hasil pemantauan berterusan didapati kadar permintaan air masih tinggi berbanding pengeluaran dan kawasan gangguan telah bertambah yang turut melibatkan beberapa kawasan baru di Kuala Lumpur," katanya.

Abdul Halem berkata, bagi mengurangkan kesan terhadap pengguna, pihaknya telah menyusun semula agihan air selain menyediakan 28 lori tangki dan 32 tangki statik bagi membekalkan air di kawasan terlibat.

Kita semua sedia maklum bahawa 33 pusat rawatan air yang ada sekarang sudah hampir mencapai kapasiti optimum masing-masing. Malah ada sesetengahnya yang telah melebihi kapasiti optimum.

Projek Langat 2, selain menyalurkan air mentah, ianya juga merupakan pusat rawatan air yang akan merawat air mentah sebelum disalurkan kepada orang ramai.

Cadangan bahawa sumber air boleh diperolehi dari banyak kaedah seperti air bawah tanah, air empangan mahupun air lombong tidak akan bermakna jika pusat rawatan air yang ada tidak mampu menampung kapasiti air ini.

Sehingga kini, Menteri Besar menafikan laporan bahawa simpanan air terawat adalah rendah iaitu sekitar 2-3% tanpa memberikan angka sebenar yang didapati berdasarkan kajian beliau sendiri, jika ada.

Sikap Menteri Besar yang sengaja tidak mahumengakui isu sebenar masalah air ini sebaliknya cuba bermain politik menunjukkan beliau tidak memahami masalah sebenar yang berlaku.

Penstrukturan semula air bukan perkara utama sebaliknya memastikan bekalan air sentiasa mencukupi perlu menjadi focus utama Kerajaan Negeri. Walaupun berlakunya penstrukturan semula, Kerajaan Negeri masih belum menyatakan langkah yang akan diambil oleh mereka.

Perlu diingatkan bahawa, Projek Langat 2 ini sudah bermula dan hanya perlu diteruskan sahaja. Melihat dengan apa yang berlaku, adakah MB Khalid masih lagi mahu bermain tarik tali dengan kerajaan pusat!

Jangan terlalu sibuk nak pertahankan Faekah sehingga terlupa dengan masalah rakyat yang putus bekalan air sekarang! Siapa yang harus dipersalahkan?

Sebarang aduan atau maklumat boleh menghubungi Pusat Perkhidmatan Pelanggan Syabas, iaitu PUSPEL di talian bebas tol 1-800-88-5252 atau melalui SMS, dengan menaip PUSPEL dan hantar ke 39222.

Suara Politik
Taminsari

Tiada ulasan: