Sabtu, Jun 02, 2012

Nik Aziz Bapak 'Joker' Pakatan Rakyat!



Terbaru kenyataan Nik Aziz menolak Pra Syarat Bangsa Melayu sebagai kriteria bagi jawatan PM kerana ianya merupakan fahaman Kebangsaan yang jelek dan tidak releven. Nik Aziz mendakwa PAS menerima bangsa selain Melayu bagi memegang jawatan PM asalkan dirinya beragama Islam.

Sungguh memualkan bila melihat gelagat pemimpin politik pembangkang yang hanya berbangga dengan kepala besarnya sahaja tapi berotak kecil. Daripada tindak-tanduk pemimpin Pas kebelakangan ini, jelas menampakkan parti itu tidak dapat lagi menggunakan pemikiran politik yang waras.

Pas seolah-olah tidak lagi berpijak di bumi nyata. Mereka lupa tindakan itu akan menimbulkan masalah besar dan berpanjangan hingga ke beberapa generasi akan datang, mungkin untuk selama-lamanya. Pas bukan saja bertindak mengenepikan inti perjuangan parti itu jika ada, malah sanggup mencemarkan Islam dan ketuanan Melayu.

Sebelum ini juga kenyataan Nik Aziz yang pernah mengatakan bahawa Pas bersedia menerima pemimpin DAP walaupun bukan Islam sebagai Perdana Menteri sekiranya pakatan pembangkang memenangi pilihan raya umum akan datang, sebenarnya mempamirkan kebodohan parti itu sendiri. Ini kerana orang Melayu dan umat Islam di Malaysia tidak akan memberi perkenan terhadap kenyataan Pas itu.


Tindakan parti itu hanyalah untuk menjadikan perumpamaan 'menang sorak, kampung tergadai' sebagai kenyataan. Sekiranya Pas dan gabungan pembangkang memenangi pilihan raya umum kelak, inilah realiti yang akan berlaku. Adakah orang Melayu dan umat Islam di negara ini, boleh menerima realiti ini? Bagi parti yang matang dan bijaksana, biarlah tumpas sekali pun, namun untuk menggadaikan maruah agama dan bangsa jangan sekali-kali dilakukan.

Tujuan Pas berbuat demikian mudah difahami. Parti itu mahu memenangi hati bukan Melayu supaya memilih parti itu dan parti gabungannya terutama DAP. Ia adalah semata-mata bertujuan untuk meraih undi, dengan apa cara sekali pun kerana menyedari semua parti pembangkang sukar mendapat sokongan bukan Melayu.

Pas kononnya cuba bertindak membantu mereka. Pas cuba menggunakan umpan yang kononnya boleh menjinakkan pengundi bukan Melayu. Tidak mustahil juga kenyataan Nik Aziz itu dibuat atas desakan parti pembangkang lain. Jika ini berlaku, Pas kini sudah pun dijadikan alat oleh parti Pakatan Rakyat.

Pas tidak boleh lagi dianggap peneraju pakatan pembangkang tetapi terbukti ada suara lain yang lebih digeruni parti itu. DAP lebih bijak mengatur strateginya demi menjadikan Pas kelihatan buruk dan mangsa bebal. Mereka sedar jika Pas gagal mendapat kerusi sewajarnya, DAP yang akan berkuasa. Ini bermakna Pas dijadikan alat untuk membolehkan mereka mendapat sokongan bukan Melayu. Sebelum ini, DAP sukar mendapat sokongan kaum Cina atau India yang lebih percaya kepada MCA, Gerakan atau MIC. Nampaknya Pas membiarkan dirinya diperbodoh-bodohkan.


Paling dahsyat, Pas membuat kenyataan itu untuk memenuhi agenda politik yang terselindung. Dengan membuat kenyataan seperti itu, mereka sedar akan mendapat reaksi spontan daripada orang Melayu. Mereka juga mengharapkan reaksi sebaliknya daripada pengundi bukan Melayu yang akan memihak kepada mereka. Niat parti itu adalah mudah dan murahan.

Mereka sanggup melihat negara ini menjadi 'padang jarak, padang tekukur'. Jika Pas yang menjadikan Islam sebagai lambang perjuangannya bertindak cuba melaga-lagakan rakyat, tidak hairanlah satu hari nanti Islam akan mendapat nama yang buruk dan dipandang hina. Apakah hanya untuk memenangi pilihan raya, Pas sanggup melakukan apa saja hingga merendahkan martabat agama dan kedudukan orang Melayu?

Orang Melayu tidak mempunyai jalan lain, kecuali memerangi sikap buruk Pas itu. Rakyat seharusnya mempertikaikan niat Pas yang semata-mata mahu mewujudkan ketegangan di dalam negara. Soal siapa yang mentadbir negara ini sudah pun dipersetujui bersama. Tidak ada sebab parti-parti pembangkang cuba menimbulkan rasa syak wasangka di kalangan rakyat. Walau pun ingin bermain politik, janganlah cuba menimbulkan keresahan rakyat.

Hakikatnya, Pas sudah berjanji. Apakah janji ini boleh ditunaikan. Inilah akibatnya jika terlalu berangan-angan memerintah negara sedangkan kemampuan terbatas. Ini adalah petanda jelas yang menunjukkan Pas akan terkubur selepas pilihan raya ke-13 kali ini. Apa yang tinggal hanyalah bendera-bendera yang lusuh dan koyak rabak yang masih terjuntai di pucuk-pucuk pokok. Wallahuallam.

Suara Politik
Taminsari


Tiada ulasan: