Rabu, Jun 20, 2012

PAS Wajib Ditentang Kerana...!!!




Kemiskinan itu hampir kepada kekufuran
(Sabda Rasullullah SAW)

Pemimpin PAS pernah bertanya mengapa dan apa perlunya UMNO menentang PAS? Mereka mendakwa PAS tidak membuat kerosakan kepada orang Islam dan orang Melayu!

Sememangnya orang yang melakukan kerosakan tidak sedar dan tidak mahu tahu bencana yang mereka bawa. Pol Pot di Kemboja merasakan beliau tidak bersalah walaupun berjuta rakyat Kemboja terkorban dan Kemboja dihimpit kemunduran. Puak pengganas Serb merasakan hak mereka untuk menghukum dan menghapuskan rakyat Bosnia. Hatta pembawa ajaran sesat sekalipun merasakan mereka membawa kebenaran.

Namun rakyat tahu sejak dulu di mana ada PAS, disitulah berlakunya perpecahan umat yang menyedihkan sehingga putus tali silaturrahim, sembelihan tidak dimakan, peristiwa dua imam, kafir mengkafir yang sudah tidak asing lagi – Tidak kerosakankah ini?

Dalam pendidikan PAS tidak ada program untuk memajukan orang melayu dengan menggunakan alasan untuk menutup kelemahan ialah anak-anak tidak perlu kecemerlangan untuk memasuki universiti kerana zaman Rasullullah SAW dulu pun sahabat-sahabat tiada yang memasuki universiti.

Malahan usahawan terkenal zaman Rasullullah SAW seperti Ab Rahman bin Auf tidak pernah mendapat ijazah dalam bidang pengurusan perniagaan dan tiada Kementerian Pembangunan Usahawan menolong beliau. Ini boleh melemahkan motivasi pelajar Melayu dalam usaha kerajaan meningkatkan daya saing dalam bidang pendidikan dan juga dalam bidang ekonomi melalui program keusahawanan.



Dalam bidang pembangunan, PAS tidak ada program untuk memberi kemudahan asas seperti jalanraya, jalan kampung, kemudahan elektrik dan air. Alasan yang diberikan untuk menutup kelemahan mereka ialah – kalau jalan kampung dibina maka akan ada kereta dari kaum lain yang akan menggunakannya dan ini akan membahayakan lembu, kambing dan ayam kerana kereta ini dipandu laju. Lagipun ternakan seperti lembu yang suka tidur atas jalan semasa tengahari akan menyebabkan kesuburannya terbantut kerana lembu jantan.

Rakyat tahu, ‘Islam’ dibawa PAS tidak boleh jadi kebanggaan umat. Malah telah menjadi bahan sindiran dan cacian kerana cetek dan tidak bijaksana cara pelaksanaannya. Dunia melihat Malaysia pimpinan UMNO sebagai model. Dunia Islam memberi penghargaan – bukan kepada PAS!

PAS membawa imej kemunduran dan di mana PAS berkuasa, pemimpin senang, rakyat susah dan berhijrah …. Apakah mereka masih perlu bertanya – KENAPA MEREKA DITENTANG RAKYAT?

Kejayaan paling besar PAS ialah menjadikan pengikutnya fanatik. Walaupun hidup dalam kemiskinan, tapi kerana fanatiknya sanggup menolak segala bantuan dari Kerajaan Persekutuan.

1. BUKAN MANDAT SEBENAR

Pemerintahan PAS di Kelantan bukan mandat rakyat Kelantan. Kemenangan PAS di Kelantan pada tahun 1990 dan 1995 adalah kerana perpecahan dalam parti UMNO. Sebahagian daripada penyokong UMNO telah keluar parti itu lalu menubuhkan Semangat 46. Pada ketika itu rakyat Kelantan memberi sepenuh mandat dan kuasa kepada APU iaitu gabungan Pas, Parti Semangat 46, Hamim dan Berjasa untuk memerintah Kelantan.

Jelaslah bahawa mandat ini bukan diberi kepada PAS kerana mereka tahu PAS tidak mampu berbuat apa-apa. Tetapi malangnya setelah memenangi pilihanraya, PAS seolah-olah bagai kacang lupakan kulit. Kini PAS telah menyingkirkan semua rakan dalam APU. Ini membuktikan bahawa PAS tamak kuasa dan tidak mengenang budi orang lain yang menolong mereka. Oleh itu kuasa dan mandat ini perlu ditarik balik bila tiba pilihanraya nanti.

2. GAGAL MEMBAWA PEMBANGUNAN

Sejak 20 tahun memerintah Kelantan (1990-2012) PAS gagal membawa perubahan yang bermakna untuk rakyat. Sebelum ini iaitu dari tahun 1959 hingga tahun 1978, dalam jangkamasa 18 tahun PAS juga telah terbukti gagal membangunkan Kelantan. PAS tidak berbuat apa-apa untuk membela nasib rakyat Kelantan. Ini bermakna selama 38 tahun rakyat Kelantan berada dalam kemunduran di bawah pemerintahan PAS.

Sesungguhnya sedikit sebanyak perubahan dan pembangunan Kelantan yang dapat dilihat pada hari ini adalah hasil usaha Kerajaan Barisan Nasional pada waktu memerintah Kelantan (1978 - 1991).

3. MEMBAWA PERPECAHAN

PAS terus memecahbelahkan umat Islam dengan ajaran ‘Islam’ cara PAS yang bercorak Machiavelli – ‘The end justify the means’ iaitu PAS sanggup melakukan apa sahaja hatta bercanggah dengan ajaran Islam demi mencapai hasrat dan matlamat mereka.

Sejak dahulu lagi PAS sanggup mengeluarkan fatwa mengkafirkan orang-orang UMNO semata-mata untuk memenangi pilihanraya tanpa mengira ajaran Islam yang sebenar yang mengakibatkan perpecahan ummah. Pemimpin PAS adalah punca menjadikan sembahyang dua imam. Sebenarnya PAS telah memperalatkan agama untuk kepentingan politik yang sempit.

4. SYIAH

PAS mengamal pendekatan yang tidak selari dengan amalan Islam Ahli Sunnah Wal-jamaah yang bersikap sederhana dan suka bersaudara. PAS seolah-olah menghampiri cara ajaran Syiah yang merbahaya kepada perpaduan umat Islam.

5. MENGEKALKAN KEMISKINAN

PAS membiarkan kemiskinan rakyat tanpa sebarang agenda. Mereka mengatakan bahawa kemiskinan tak boleh dihapuskan, sedangkan PAS tidak pernah berikhtiar atau berusaha menghapuskan kemiskinan. Semua ini semata-mata menutup kelemahan dan kegagalan pemimpin-pemimpin PAS yang tidak mempunyai sebarang rancangan untuk membasmi kemiskinan.

6. PROJEK

PAS menjual Kelantan melalui pemberian kawasan balak dan lain-lain projek kepada bukan bumiputra dan bukan anak Kelantan. Orang Kelantan memang ramai yang mampu menyelenggara dan melaksanakan sendir projek di negeri ini, tetapi malangnya keutamaan diberi kepada orang-orang luar kerana kepentingan-kepentingan tertentu.

7. HISBAH

PAS mungkir janji membentuk HISBAH iaitu Badan Bebas yang akan ditugaskan menyiasat penyelewengan dan salahgunakuasa di kalangan Wakil Rakyat dan Pegawai-pegawai Kerajaan Negeri. Dengan itu PAS gagal menyiasat penyelewengan Wakil Rakyat mereka.

8. MENGANIAYAI GOLONGAN MISKIN

PAS menganiayai beribu penerima Bantuan Kebajikan Masyarakat atas sentimen politik dan memotong bantuan mereka.

9. HUDUD UNTUK KEPENTINGAN POLITIK

PAS memalukan Islam dengan memperkenalkan Hudud yang tidak selari dengan syariat Islam dan gagal melaksanakannya. Sesungguhnya PAS sekadar mengeluarkan Draf Hudud (Kerangka Hudud) yang tidak mempunyai aturcara jenayah yang lengkap dan terperinci.

Apakala Perdana Menteri menolah Draf Hudud ciptaan PAS untuk dilaksanakan di Malaysia dengan alasan kanun jenayah tersebut tidak lengkap dan harus diperbaiki, mereka dengan lantang menuduh Perdana Menteri tidak Islamik.

Apabila orang bertanya mengapa Hukum Hudud tidak dilaksanakan di Kelantan, sedangkan semua Adun sudah bersetuju dan pihak Istana sudahpun memberi perkenan, pemimpin PAS memberi alasan kerana ditolak oleh Perdana Menteri.

Orang bertanya pula,’Apakah hukumnya takut kepada manusia lebih daripada takutkan Allah? Tidakkah ia SYIRIK? Sehingga kini masih belum ada jawapan dari PAS berhubung dengan soalan ini.

10. PAS KEKALKAN PERLEMBAGAAN TOGHUT DI KELANTAN

PAS mengekalkan Perlembagaan Negeri dan Undang-undang buatan manusia yang dahulunya dituduh ‘Undang-undang Toghut/Undang-undang Inggeris’. PAS tidak pernah membuat usul untuk meminda atau membuat sebarang perubahan terhadap Undang-undang Negeri sediada.

Pada suatu ketika dahulu (ketika Kelantan di bawah Barisan Nasional) pemimpin-pemimpin PAS berapi-api membuat ucapan bahawa Enakmen Keluarga Islam Kelantan sebagai toghut dan diilhamkan oleh puak-puak Yahudi. Mereka mengeluarkan fatwa bahawa jika satu saat kita berada di bawah Undang-undang Toghut maka selama satu saat itu jugalah kita tidak akan diredhai oleh Allah.

Sekarang rakyat pun bertanya, setelah PAS menang dengan majoriti besar di Kelantan, apakah Undang-undang itu telah diubah? Jika Undang-undang itu masih dipakai hingga sekarang, mengapa pemimpin PAS yang dahulunya menfatwakan pemimpin BN Toghut, tidak terus mengeluarkan fatwa bahawa pemimpin PAS sekarang ini juga sedang mengamalkan Undang-undang Toghut ciptaan Yahudi? Ini salah satu contoh cakap tidak serupa bikin. Pemimpin ini boleh dimasukkan ke dalam golongan munafik.

11. WAKIL RAKYAT PAS PENTINGKAN DIRI

PAS tidak lagi berjimat cermat dalam perbelanjaan wang rakyat. Mereka sewenang-wenangnya menaikkan gaji Wakil rakyat dan membeli kereta-kereta mewah untuk kegunaan peribadi mereka. Kawasan-kawasan balak diagihkan kepada orang-orang tertentu dan yang mendapat hasil lumayan adalah Wakil-wakil Rakyat PAS itu sendiri. Inikah yang dinamakan perjuangan Islam tulin? Atau berselindung di sebalik agama untuk kepentingan diri.

12. SALAHGUNA PROJEK

PAS menyalahgunakan projek untuk memancing undi. Perbuatan tentu tidak ikhlas dan jauh sekali daripada memanfaatkan orang ramai. Sebab tentu tidak ikhlas dan jauh sekali daripada memanfaatkan orang ramai. Sebab itulah kebanyakan projek PAS akhirnya menemui kegagalan dan sia-sia sahaja.

13. BUDAYA UGUT DAN ‘SUGUNG’

PAS mengamalkan budaya ugut dalam pemberian milik tanah. Pemilikan tanah tidak akan diberi ataupun akan menghadapi banyak kesukaran jika mereka menentang PAS. Budaya ini sebenarnya berkaitan rapat dengan unsur-unsur budaya rasuah. PAS bukan mendidik rakyat menentang rasuah tetapi secara tidak langsung mengajar melakukan rasuah. Sesungguhnya mereka berjuang bukan kerana Allah tetapi kerana ingin mengekalkan kuasa beberapa kerat pemimpin PAS sahaja.

PAS juga seringkali mewujudkan budaya sugung. Mereka boleh buat apa sahaja termasuk membuang orang-orang yang tidak sebulu (Penghulu dari bekas S46) tanpa merujuk kepada sesiapa. Bila ditanya, mereka akan kata bahawa sudah rujuk kepada Datuk Haji Nik Aziz. Kemudiannya bila ditanya kepada Datuk Haji Nik Aziz, beliau jawab – ‘tak tahu’ pula.

14. KELANTAN WATER

PAS menjual air Kelantan kepada syarikat dari England. Walau berbagai nasihat telah diberikan sehingga mencetuskan demonstrasi, namun pemimpin PAS tetap meneruskan rancangan tersebut tanpa mengkaji dengan lebih mendalam. Pemimpin ini merasakan mereka cerdik tetapi sebenarnya jahil dalam selok belok perkhidmatan air.

Daripada kerja bodoh yang tidak diberkati oleh ALLAH ini menyebabkan rakyat Kelantan bukan sahaja menghadapi kesulitan mendapatkan air bersih sehingga sekarang tetapi juga terpaksa membayar bil air yang tidak setimpal dengan air yang mereka gunakan. Malahan lebih dari itu Kerajaan Negeri Kelantan terpaksa menanggung hutang bekalan air yang berpuluh juta dengan Kelantan Water. Inilah pembaziran paling besar dalam sejarah Negeri Kelantan.

15. MENYALAHKAN ISTANA

PAS gagal mewujudkan hubungan baik dengan istana hasil daripada tuduhan, tohmahan melulu dan kata-kata kasar dan kesat yang menyinggung pihak istana. Ini semua dilakukan kerana pemimpin PAS merasakan dirinya besar dan berkuasa. Mereka bercakap dengan angkuh dan sombong. Ini juga suatu taktik PAS semata-mata untuk menyembunyikan kesalahan sendiri dan ingin meletakkan kesalahan ke atas pihak lain.

16. MENGENEPIKAN PEGAWAI KERAJAAN

PAS tidak dapat mewujudkan hubungan dengan Pegawai-pegawai Kerajaan Negeri kerana Wakil-wakil Rakyat PAS tamak kuasa. Ini juga disebabkan oleh pemimpin-pemimpin PAS angkuh, sombong dan berlagak pandai sedangkan akhirnya berlaku kekecuhan yang berlarutan dan susah untuk diselesaikan.

17. KEGAGALAN KEPIMPINAN ULAMAK

Kepimpinan Ulamak ala PAS bercorak dictator (kuku besi) di mana Datuk Haji Nik Aziz cuba menguasai semua perkara hingga PAS Pasir Puteh sendiri berpecah belah. Apakah seorang tokoh yang kononnya bergelar ulamak sedangkan jahil dalam mentadbirkan negeri dan hal-hal berkaitan ekonomi serta mempunyai kapasiti minda yang lemah itu masih dikatakan layak mentadbir negeri.

Inilah punca segala masalah dan kemelut pentadbiran Negeri Kelantan masa kini. Ulamak sebenar bukanlah dipuja sebagai dewa tetapi disegani kerana kewibawaan dan kecekapan dalam semua perkara.

18. TIDAK ADA PROGRAM ISLAM

PAS tidak membentuk sebarang Program Peningkatan Islam secara menyeluruh. Pemimpin-pemimpin Pas kelihatan amat takut kepada masa depan yang mencabar sedangkan persiapan-persiapan menyeluruh bagi menghadapi cabaran masa depan tidak dirancang dengan teliti. Mereka setiap ketika hanya memikirkan bagaimana mengaburi mata rakyat dengan sepanduk dan slogan-slogan yang menggambarkan seolah-olah merekalah pejuang Islam yang sejati dan orang lain dikatakan kononnya tidak Islamik.

19. GAGAL BERI PEMBELAAN

PAS gagal membela Keluarga Kumpulan Dakwah, Guru YIK (Yayasan Islam Kelantan) dan Guru-guru Agama Sekolah-sekolah Agama Kerajaan Negeri. Sedangkan golongan inilah pada suatu ketika dahulu yang kuat memperjuangkan PAS sehingga PAS boleh mengekalkan kuasa sampai hari ini.

20. RAKYAT MUNDUR KERANA PAS

Corak pentadbiran PAS menyebabkan orang Melayu dan kebanyakkan rakyat mundur tanpa peluang ekonomi secukupnya. Kekuatan Melayu Kelantan yang rajin berusaha dan berdedikasi melakukan kerja tidak dapat dimanfaatkan sepenuhnya kerana tidak ada perancangan yang teliti daripada Kerajaan Kelantan di bawah rejim PAS. Rakyat terpaksa berhijrah keluar menyebabkan kerugian bagi Negeri Kelantan.

21. BELIA TIADA PEMBELAAN

PAS tidak membuat sebarang program untuk remaja dan menangani belia Kelantan yang ramai terlibat dengan dadah dan maksiat. Jika negeri-negeri lain gejala sosial berlaku di Bandar-bandar utama sahaja, tetapi di Kelantan ia merebak dan meluas hingga ke kampung-kampung yang jauh dari Bandar.

22. PROGRAM UNTUK WANITA DAN KAUM IBU

PAS tidak ada program bagi kaum wanita atau kaum ibu. Malah dalam setengah keadaan kaum wanita ditafsirkan sebagai unsur jahat yang menjadi punca segala masalah. Soal gincu, tudung, iklan tak sampai ke mana. Program kemajuan pula tidak ada. Lebih parah lagi apabila PAS menghalang supaya wanita cantik tidak perlu bekerja.

23. KUBU KUAT PAS TERBIAR

Kawasan yang menjadi kubu kuat PAS terbiar dan mundur termasuklah kawasan nelayan di persisiran pantai Pasir Puteh, Bachok, Pengkalan Chepa, Tumpat dan lain-lain lagi.

24. MENAFIKAN BANTUAN KERAJAAN PUSAT

PAS tidak bercakap benar mengenai Bantuan kerajaan Pusat. Mereka berdolak-dalih dan munafik. Sebenarnya pemimpin PAS takut rakyat mengetahui perkara sebenar sehingga boleh mengurangkan pengaruh PAS.

25. TINDAKAN KEPENTINGAN DIRI

PAS memberi jawapan, peluang dan habuan politik kepada luar daripada Kelantan. Ini dilakukan semata-mata untuk mengekalkan pengaruh politik Nik Aziz di peringkat PAS Pusat.

26. MEROSAKKAN ISLAM DAN MELAYU

PAS memperjuangkan Islam dengan kaedah yang sempit dan jumud (beku). PAS tidak pernah berfikir untuk memartabatkan ketinggian Agama Islam dengan cara tarbiah (pendidikan) yang baik dan tersusun.

Jika sedikit sebanyak mereka lakukan hanya semata-mata untuk mencari dan mengekalkan pengaruh mereka sahaja dan bukannya untuk mendaulatkan Islam keseluruhannya. PAS telah banyak merosakkan imej Islam dan bangsa Melayu. Apakah tindakan ini masih boleh dibiarkan berterusan oleh rakyat Kelantan.

27. PERPECAHAN PERPADUAN MELAYU

PAS memecahkan perpaduan Melayu terutamnya di kampung-kampung dan ini bukan sahaja merugikan bangsa dan agama, tetapi juga bercanggah dengan ajaran Islam yang sebenarnya. Pemimpin-pemimpin mereka mengajar pengikutnya memboikot kumpulan-kumpulan lain yang tidak sebulu dengan mereka. Mereka sanggup menuduh orang lain toghut dan assabiah sedangkan PAS sendirilah yang berusaha melahirkan golongan-golongan assabiah.



PAS banyak menghabiskan masa dengan hanya bersyarah dan propaganda. Kadang-kadang pemimpin PAS sanggup membuat fitnah dan menaburkan berita-berita palsu yang boleh mengelirukan rakyat. PAS sanggup melakukan segala perkara meskipun bercanggah dengan nilai-nilai Islam sebenar semata-mata untuk mengekalkan kuasa. Dalam banyak perkara mereka hanya pandai berkata tetapi tidak melaksanakan kata-kata atau janji mereka.

Wallahuallam.

Suara Politik
Taminsari

Tiada ulasan: