Isnin, Julai 02, 2012

Pok Nik Perasan Bagus…!!!



Dia menggelar dirinya Ulama. Orang ramai menggelarnya Tok Guru. PAS pula mengakui dia sebagai Tok Guru dan Ulama. Sudah lebih 20 tahun Tok Guru menjadi Menteri Besar Kelantan. Sebagai Menteri Besar, dia tidak dapat lari daripada bertindak secara politik dan mentadbir negeri ikut selera dan keupayaan sendiri.

Sebenarnya banyak rahsia pembohongan yang sengaja diputar belitkan oleh Tok Guru Nik Aziz Nik Mat, baik dari segi tutur kata, tindak-tanduk, pandangan dan pendapat yang secara terang-terangan tidak mencerminkan keperibadiannya sebagai “Ulama dan Tok Guru”, yang menjadi idola kepada perjuangan menegakkan sebuah pemerintah Islam di Malaysia.

Pendedahan ini sudah tentunya mampu memberikan gambaran yang lebih tepat tentang keperibadian sebenar Ulama dan Tok Guru ini.

TAMAK KUASA

DULU : “Walaupun ada desas desus menyatakan saya akan mengundur kerana uzur dan tidak sehaluan pihak-pihak tertentu tetapi itu hanya tohmahan dan spekulasi sedangkan saya masih lagi sihat. Dengan pengakuan ini ia bukan bererti saya gilakan kuasa.” (Kenyataan dalam Utusan Malaysia pada 18 Mac 1995)

KINI : “Memang saya sedang mempersiapkan perkara ini (berundur daripada jawatan Menteri Besar) dan sudah lama saya berniat dalam hati (mengenai perkara itu) tetapi minta reda sikit keadaan politik dan saya akan berundur.” (Kenyataan dalam Utusan Malaysia 5 November 1996)

JADINYA : Dulu Nik Aziz pernah melahirkan hasrat untuk meletak jawatan sebagai Menteri Besar, gara-gara berkrisis dengan pihak Istana Kelantan. Jelas dia gila kuasa. Bila duduk lama sikit, dia seronok dengan jawatan ini. Bila disarankan supaya berhenti jadi MB dan ditawarkan jawatan Mufti, dia marah sebab katanya, jawatan Mufti terlalu kecil untuknya.

Sebagai MB, Nik Aziz tak mampu membawa perubahan besar atau pembangunan kepada rakyat dan negeri Kelantan. Nik Aziz pernah kata bahawa dia akan 'undur' daripada politik hanya apabila UMNO di Kelantan menjadi koyak rabak.

Maknanya dia akan undur jadi MB bukan selepas tengok Kelantan maju atau membangun tapi bila dapat tengok UMNO dimusnahkan. Punyalah busuk hati!

Suara Politik
Taminsari

Tiada ulasan: