Jumaat, Ogos 03, 2012

Fatwa terbaru...!!! Pas tidak halang wakil rakyatnya kahwin ramai, kata Nik Aziz?



Pas tidak menghalang wakil rakyatnya untuk berkahwin lebih daripada satu asalkan berkemampuan dan memenuhi syarat-syarat untuk berpoligami, kata Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

"Kita tidak boleh sekat mereka (wakil-wakil rakyat PAS) nak kahwin berapa pun, walaupun sampai empat orang, itu masalah peribadi dan ia tidak bercangah dengan Islam asalkan ikut peraturan dan syarat-syaratnya," kata Menteri Besar Kelantan itu.

Nik Abdul Aziz berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan kuliah mingguannya di Dataran Ilmu di sini, hari ini.

Beliau mengulas senario ramai wakil rakyat dari parti itu berkahwin lebih daripada satu termasuk dakwaan melalui blog dan twitter yang mendakwa seorang anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) di negeri itu telah mengahwini selebriti Abby Abadi yang baru-baru ini menyertai Pas.

Suara Politik
Taminsari

1 ulasan:

whiteorange berkata...

Aku x terkejut pun apa yang nak dicakap oleh Mahaguru ni..

Yang jadi masalah adalah kawin sebelum nikah.... kawin dalam bilik hotel mahupun dalam kereta api

kalau terjadi dikalangan orang2 BN , tak cukup tanah dibuatnya untuk cipta fitnah...