Selasa, September 11, 2012

Tony Pua dicabar berdebat isu padang bola Sungai Way?


Penduduk menunjukkan kain rentang bagi menyokong debat antara Kelvin Chong dan Tony Pua diadakan berkaitan isu Padang Sungai Way, di Petaling Jaya, kelmarin.

Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua dicabar untuk berdebat bagi menjelaskan isu pembangunan projek komersial di atas tapak padang bola seluas 1.7 hektar di Sungai Way di sini.

Penyelaras Barisan Nasional (BN) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kampung Tunku, Kelvin Chong Seng Foo berkata, isu tersebut tidak pernah mendapat perhatian Tony memandangkan tiada penjelasan daripadanya biarpun mendapat aduan penduduk.

"Saya hairan mengapa beliau tidak pernah turun padang untuk menjelaskan kepada penduduk yang menentang projek komersial tersebut.

"Padang ini tidak lagi sesuai untuk dijadikan tempat beriadah sekiranya kiri dan kanan padang itu dikelilingi bangunan," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Padang tersebut merupakan satu-satunya kawasan permainan dan lokasi untuk penduduk melaksanakan aktiviti kemasyarakatan di Sungai Way.

Isu pembinaan pusat komersial di padang yang juga digunakan oleh para pelajar sebuah sekolah itu timbul apabila sebuah syarikat pemaju bercadang untuk membina pusat komersial di kawasan tersebut.

Tambah Kelvin, Tony diberi peluang memilih lokasi dan tarikh untuk berdebat memandangkan beliau amat sukar untuk berjumpa dengan wakil rakyat itu.

"Saya berharap Tony dapat menyelesaikan masalah di kawasan sendiri terlebih dahulu berbanding 'menyibuk' di kawasan Parlimen lain," ujarnya.-UMO

Suara Politik
Taminsari

Tiada ulasan: