Isnin, September 10, 2012

Unisel rugi RM55 juta : MB Khalid arah Pemangku Naib Canselornya, Prof Dr Anuar Ahmad supaya berbohong?



Pendedahan yang dibuat oleh Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri Selangor, Datuk Seri Noh Omar semalam berhubung laporan audit Universiti Selangor (Unisel) yang mencatatkan kerugian RM54.8juta ternyata tidak mengejutkan rakyat Selangor.

Datuk Seri Noh Omar, berkata berdasarkan salinan Laporan Audit UNISEL bagi 2009 dan 2010, universiti milik kerajaan negeri itu merekodkan kerugian selepas cukai sebanyak RM1.63 juta pada 2008, RM13.55 juta (2009) dan RM39.68 juta pada 2010.

Laporan audit 2009 dan 2010 ini ditandatangani sendiri Menteri Besar (Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim) pada Ogos 2011 namun apabila beliau timbulkan isu kewangan UNISEL dalam keadaan nazak, Menteri Besar begitu sombong menafikan dan kini, Noh mendakwa beliau mempunyai salinan laporan audit universiti tersebut.

Kita lihat bagaimana cara Khalid mengajar Pemangku Naib Canselornya, Prof Dr Anuar Ahmad untuk menyangkal segala berita yang tidak baik mengenai permasalahan yang berlaku didalam Unisel?

Selepas reda kontroversi pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), Universiti Selangor (Unisel) sekali lagi menarik perhatian umum dengan isu tunggakan hutang RM15 juta dengan syarikat swasta Jana Niaga Sdn Bhd (JNSB) yang menguruskan dan menyelenggarakan asrama pelajar mereka. Hutang itu menyebabkan puluhan pekerja JNSB tidak mendapat gaji antara sebulan hingga dua bulan.

Natijahnya, pendaftaran hampir 1,000 pelajar untuk sesi pengajian baru 10 Ogos lalu kecoh apabila tidak dapat memasuki asrama selepas pekerja JNSB boikot, menutup operasi mereka pada hari tersebut. Rentetan itu, kontroversi baru ini mengundang pelbagai reaksi dan persepsi terhadap profesionalisme universiti. Pemangku Naib Canselornya, Prof Dr Anuar Ahmad tampil membuat penjelasan dalam satu temubual bersama Penasihat Eksekutif Editorial Kumpulan Media Karangkraf, Datuk Abd Jalil Ali dan Editor Sinar Harian Selangor/Kuala Lumpur, Khairul Amri Yasin baru-baru ini.

Bagaimana Prof melihat kontroversi terbaru Unisel. Selepas hangat isu PTPTN, masalah baru pula muncul dan sekali lagi ia membabitkan kebajikan dan kepentingan pelajar.

ANUAR: Isu melibatkan Jana Niaga Sdn Bhd (JNSB) dan cara mereka letupkan cerita seolah-olah Unisel bersalah. Hari Rabu dan Khamis mereka datang kerja tapi hari mula pendaftaran mereka tutup pejabat. Kunci mereka tak bagi. Pengurusan tertinggi JNSB ada minta maaf sebab tak buka pejabat pada hari tersebut dengan menyalahkan pekerja kerana tidak dibayar gaji.

Bagi saya, masalah tersebut adalah masalah dalaman mereka. Merujuk kepada kontrak yang ditandatangani Unisel dan JNSB pada 2003, sebelum kampus Bestari Jaya dibina, kita dapati perjanjian itu berat sebelah dan membebankan. Bagi mengatasinya, kita pernah ajak JNSB berbincang tapi mereka tak mahu. Apabila kita tidak buat bayaran, baru melatah dan mula nak ajak Unisel duduk semeja dan bincang.

Mengikut perjanjian sama juga, sebarang masalah harus diselesaikan di meja rundingan, bukannya mengambil tindakan undang-undang. Tetapi, sebaliknya berlaku, mereka saman kita akibat masalah ini. Insya- ALLAH, Isnin ini (hari ini), kita akan bertemu dan berbincang mengenai perkara ini dalam jawatankuasa timbang tara yang dipengerusikan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohamed Khusrin Munawi.

Berdasarkan laporan, Unisel berhutang RM15 juta bayaran penyelenggaraan dan pengurusan asrama dengan JNSB. Kenapa tidak dijelaskan tunggakan itu?

ANUAR: Jumlah RM15 juta itu tidak besar sebenarnya. Sebelum ini kita bayar JNSB RM1.5 juta setiap bulan selama 20 tahun. Selepas kita panggil perunding bebas, kita dapati jumlah yang wajar dibayar jauh lebih rendah, separuh daripada jumlah asal. Bila kita teliti, berlaku ketidakadilan khususnya apabila pelajar yang kena bayar RM200 sebulan untuk kemudahan asrama.

Dalam masa sama, kita kena bayar selama 12 bulan sedangkan pelajar hanya bayar kepada Unisel untuk 10 bulan sahaja, dua bulan cuti semester, Unisel terpaksa bayar guna duit sendiri untuk tempoh itu. Ini tidak adil, dan kita minta bincang semula kerana Unisel tidak terlalu mengejar keuntungan. Fokus kami adalah, biarlah pelajar dapat bayar jauh lebih rendah daripada sekarang dan dalam masa yang masa mendapat perkhidmatan terbaik.

Apabila kita minta perunding kita masuk buat penilaian, JNSB kata tidak perlu sebab penyelenggaraan asrama berjalan lancar tanpa sebatang masalah. Namun, dalam mereka beri jaminan itu, Unisel turut menerima pelbagai komplen daripada pelajar mengenai masalah di asrama penginapan mereka.

Jika komplen ini dirujuk kepada JNSB, Unisel juga akan dikaitkan sebagai penyebab kerana tidak bayar perkhidmatan yang telah diberikan JNSB.

ANUAR: Kalau semuanya lancar, tak ada masalah, kita sedia bincang. Untuk makluman, pelajar yang menghuni asrama Unisel ada lebih kurang 3,000 orang. Banyak lagi asrama yang kosong, tapi kalau yang kosong pun kita kena bayar, perjanjian apa, macam ini.

Sesi pengajian baru akan bermula 27 Ogos ini. Tumpuan khususnya kalangan ibu bapa terarah kepada kebijaksanaan Unisel menyelesaikan isu asrama JNSB ini. Jika masalah berlarutan, apa tindakan Unisel?

ANUAR: Kita tetap akan minta JNSB serahkan kunci asrama pelajar, kalau mereka tidak berbuat demikian, maknanya mereka telah melanggar terma perjanjian. Masalah dan dakwaan JNSB bahawa pekerjanya tidak terima gaji, itu mereka kena selesaikan sendiri kerana ia masalah dalaman.

Kalau kunci tidak diserahkan, kita akan minta perintah mahkamah, seterusnya membolehkan kita menggunakan khidmat anggota polis membantu membuka asrama-asrama tersebut untuk kegunaan pelajar. Kalau masih juga berdegil, walaupun kita bertindak atas perintah mahkamah, saya tak tahu nak cakap macam mana, terserah kepada ibu bapa pelajar untuk menilai sikap mereka ini.

Kemelut tunggakan hutang RM15 juta ini boleh mengesahkan dakwaan Unisel memang bergelut krisis kewangan?

ANUAR: Kedudukan kewangan Unisel adalah stabil. Kita sebenarnya boleh bayar (tunggakan hutang) JNSB, isunya sekarang bukan masalah duit tetapi isu perjanjian berat sebelah.

Sejauh mana kebenaran jumlah pelajar Unisel semakin merosot?

ANUAR: Alhamdulillah, jumlah kemasukan pelajar menunjukkan peningkatan di mana pada April 2012 kita dapat lebih kurang 1,400 pelajar baru, peningkatan luar biasa berbanding hanya 400 pelajar pada bulan sama tahun lepas. Jumlah ini adalah jumlah pelajar yang memang dan mahu melanjutkan pelajaran di Unisel.

Maknanya, lebih hangat berita Unisel keluar di dada-dada akhbar, dalam Unisel hangat dikaitkan dengan pelbagai isu hangat, ramai ibu bapa di luar sana teruja memberi galakan agar anak-anak mereka melanjutkan pelajaran di sini.

Bagaimana respons pelajar dengan kontroversi melanda universiti? Adakah menjejaskan tumpuan dan moral mereka?

ANUAR: Sebahagian besar pelajar menyokong pengurusan universiti. Mereka menaruh keyakinan tinggi kepada kita dan tidak seratus peratus percaya kepada setiap laporan yang disiarkan media yang menjurus kepada mengaitkan Unisel kepada pelbagai kontroversi.

Malah, saya memuji pelajar-pelajar yang menunjukkan sikap dan kesungguhan tinggi melaksanakan tugas mereka menuntut ilmu dan menghargai segala kemudahan yang disediakan universiti. Mungkin kesedaran untuk memberikan yang terbaik kepada diri sendiri dipengaruhi keikhlasan keluarga yang banyak berkorban masa dan wang ringgit menampung pengajian mereka.

Apa nasihat dan jaminan Prof kepada ibu bapa pelajar?

ANUAR: Ibu bapa janganlah risau, Insya-ALLAH masalah akan selesai. Saya tidak boleh beri jaminan seratus peratus, namun kita cuba untuk menangani masalah ini sebaik mungkin. Dalam isu tengah hangat ini, ada ibu bapa seorang pelajar, hubungi saya dan mempersoalkan kenapa pinjaman PTPTN anaknya terlebih potong.

Memang kita akui wujud kesilapan ini dan ianya lebih kepada kelemahan teknikal tetapi hanya melibatkan satu atau dua kes sahaja. Kita telah janji untuk bayar balik jumlah yang tersalah potong itu dan ianya telah dilaksanakan. Alhamdulillah, ibu bapa pelajar terbabit hubungi kita balik, ucap terima kasih.

MB Khalid boleh menipu ramai orang, tetapi tidak boleh tipu diri sendiri..!!! Allah SWT maha mengetahui. Wallahuallam.

Suara Politik
Taminsari..

Tiada ulasan: