Ahad, Oktober 07, 2012

PAS Pesongkan Akidah Ummah?



Sesuai dengan nama Islam yang ada pada PAS maka pemimpin pemimpin dan ahli-ahlinya telah menggunakan nama itu untuk menunjukkan bahawa PAS itu selaras dengan Islam, meskipun pada amalan dan tindakannya jauh berbeza bahkan kadang kala bertentangan dengan Islam itu sendiri.

Tindakan itu dilakukan bertujuan supaya umat Islam tertarik dengan perjuangan PAS, kerana pemimpin pemimpin PAS menyedari bahawa orang orang Islam di negara ini tidak mudah menolak atau membantah sesuatu yang dikatakan Islam. Akibatnya ramai dikalangan mereka yang kurang memahami Islam tertipu dan mensifatkan PAS itu Islam.

Islam itu PAS sehingga menjadikan mereka golongan fanatik PAS serta sanggup bertindak apa sahaja terhadap apa sahaja terhadap orang orang yang tidak menyokong PAS, malah ada setengah tempat menganggapkan PAS ITU PARTI ALLAH.

CONTOHNYA PAPAN TANDA YANG TERLETAK DI KAMPUNG KERINCHI TEPI LEBUHRAYA PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR SEMASA KEMPEN PILIHANRAYA UMUM 1986.

Untuk menyelamatkan umat Islam daripada kekeliruan ini, ramai tokoh-tokoh agama telah memberi penerangan dan menerbitkan buku-buku serta risalah mengenai Islam dan Parti politik. Termasuk juga bekas seorang tokoh PAS iaitu Ybhg Dato’ Hj Mohamad Nasir. Beliau menerbitkan sebuah risalah yang bertajuk "JANGAN KELIRU – AGAMA (ADDIN) TIDAK BOLEH DIANGGAP BADAN POLITIK".


Dalam risalah tersebut diterangkan tentang perbezaan antara agama dan parti politik dan disertakan pula ayat ayat suci Al- Quran dan hadis hadis Nabi sebagai panduan, antaranya hadis yang diriwayatkan oleh Ad-Dailamy dari Ali R.A yang bermaksud :-

"Jangan kamu sekali kali mengqiaskan agama kerana sesungguhnya agama itu tidak boleh diqias dan permulaan orang yang mengqiaskan itu Iblis".

Walau bagaimanapun terdapat usaha-usaha yang dilakukan oleh tokoh-tokoh yang berkenaan bagi mengelak kekeliruan ini, namun ianya tidak menampakkan banyak perubahan, malah ramai dikalangan umat Islam, terutama di Kelantan dan Terengganu yang menganggapkan PAS itu Islam, Islam itu PAS. Ini mungkin disebabkan kempen kempen yang boleh mengelirukan mereka masih berterusan dilakukan oleh orang orang PAS.

Sebagai contoh, apabila saja penceramah-penceramah PAS bercakap mereka selalu menegaskan bahawa "Sesiapa yang tidak menyokong PAS bererti mereka tidak menyokong Islam, dan sesiapa yang menolak PAS bererti mereka menolak Islam".

Dan Ketua Dewan Ulamak PAS pada masa itu, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat sendiri semasa bercakap di Gua Musang telah mengeluarkan fatwa, haram jika ada mana mana parti politik yang menentang pimpinan PAS yang menjalankan pemerintahan cara Islam. Rujuk kepada ucapan majlis perasmian penubuhan cawangan baru PAS di Renok B, Gua Musang Kelantan pada 23hb April 1994.

Wallahuallam

Suara Politik
Taminsari

1 ulasan:

tokgaru berkata...

Sesat lagi menyesatkan bro.

Kalau dia kata Pas parti Nik Aziz atau Pas parti Hadi Awang atau Pas parti Muhamad saw .. gua masih boleh terima. Tapi bila depa kata " Pas parti Allah " gua dah tak boleh terima sebab mereka dah meletakkan Allah sama taraf dengan manusia.

Parti politik ditubuh dan didaftar oleh manusia. Tak pernah lagi lah kita dengar tuhan menubuhkan parti politik. Cuba tanya pengikut agama lain kut2 tuhan mereka ada tubuh parti politik untuk mereka.

Tuhan orang Pas ni pelik sangat bunyinya. Nama tuhan orang Pas Allah juga. Tuhan orang Umno pun Allah juga tapi tak lah tubuh parti politik macam Allah orang Pas. Boleh jadi Allah Pas tak sama dengan Allah Pas kut ?

Dan boleh jadi kerana itu bila mereka doa supaya Allah hancurkan Umno, Umno tak hancur kerana Allah orang Pas bersifat baharu kerana menubuhkan parti politik, sedangkan Allah orang Umno adalah bersifat " maha " (the greatest). Definitely Allah Pas yang bersifat baharu tak dapat mengalahkan Allah Umno yang bersifat " maha ". Allah Umno adalah tuhan kepada segala makhluk di muka bumi ini, sedangkan Allah Pas hanya lah tuhan kepada orang2 Pas saja.

Maaf, saya tidak niat menyekutukan tuhan. Tapi bila Pas kata " Pas parti Allah " maka itu lah tafsiran saya. Dan mungkin orang lain juga.