Khamis, Disember 13, 2012

Karpal dicabar isytihar Abdul Hadi calon Perdana Menteri?




Pengerusi DAP, Karpal Singh dicabar memilih sama ada mahu menarik balik kenyataannya yang mengaitkan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim sebagai kaki liwat atau menerima Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai calon Perdana Menteri.

Bekas Setiausaha Angkatan Muda Keadilan (AMK), SD Johari Md. Yassin berkata, kegagalan Karpal menarik balik kenyataan pada Oktober 1997 itu sekali gus menuntutnya untuk bertanggungjawab menerima kehadiran pemimpin Pas tersebut sebagai Perdana Menteri jika pembangkang memenangi Pilihan Raya Umum Ke-13.

"Mungkin Karpal, DAP dan Pas boleh menerima seorang kaki liwat atau ketagih liwat sebagai Perdana Menteri, tetapi orang Melayu dan Islam tidak sesekali akan memilih golongan itu sebagai pemimpin utama yang menerajui negara.

"Bukti sudah jelas apabila Parti Keadilan Rakyat (PKR) tidak pernah melantik Anwar sebagai Presiden kerana sedia maklum kegiatan liwat beliau akan menjadi liabiliti kepada parti," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Kemelut dalam pakatan pembangkang mula timbul apabila akar umbi Pas dalam muktamar tahunannya baru-baru ini mendesak Abdul Hadi dilantik menjadi Perdana Menteri.

Dalam masa sama, SD Johari berkata, Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat perlu memberi sokongan penuh kepada Abdul Hadi melainkan beliau berpendapat calon itu tiada kualiti untuk bergelar Perdana Menteri.

Suara Politik
Belantan

Tiada ulasan: