Selasa, Mac 12, 2013

Terbongkar...!!! Tentera Elit US bantu tentera Sulu bebaskan Sabah?



Borneo Insider melaporkan bahawa tentera elite US berada di belakang tentera Kiram III (RAS).

Pencerobohan oleh RAS telah dirancang dengan teliti sekurang-kurangnya 7 bulan yang lalu. Habiba Kiram telah menyampaikan mesej kepada Borneo Insider bahawa mereka merancang untuk menyerang Sabah awal November tahun lalu,

Menurut Habiba kira-kira 10 ribu tentera RAS sentiasa bersiap sedia untuk menerima lampu hijau daripada tentera elit US untuk menyerang Sabah. Tanpa bantuan mereka amat sukar untuk melaksana kan tugas yang berat dan belanja besar.

Apakah Sabah akan hilang dari Malaysia seperti lagu yang didendangkan oleh Anwar dalam ceramah siri jelajah merdekanya?



Anwar harus disoal siasat oleh pihak kerajaan Malaysia kerana seolah-olah beliau tahu apa yang akan berlaku kepada Sabah.

Selepas RAS berjaya menceroboh Lahad Datu, Anwar tidak lagi menyanyikan lagi " Tanya sama Najib Apa Sebab Goyang" dalam ceramah-ceramah beliau.

Apakah akan wujud Timur Leste kedua selepas ARDA berjaya berjaya dalam misi mereka. ( Di Malaysia orang kuat ARDA ialah Tian Chua dan Elizabeth Wong). Kedua-dua aktivis ARDA ini menyertai PKR sejak kembali ke Malaysia dari Australia pada tahun 1999 untuk membantu Azizah menghidupkan PKR.


Wajah PKR yang sebenarnya

PKR merupakan parti Freemason Malaysia yang dipimpin oleh Anwar dan kuncu-kuncunya!

Sementara itu bekas pengasas PKR yang juga Presiden Jaringan Cina Malaysia (JMM), Ng Lum Yong Mendakwa Suara Rakyat Malaysia (SUARAM) Menyalurkan 2 Juta US Dollar Kepada Penceroboh Untuk Menyerang Lahad Datu.



Untuk maklumat yang selanjutnya, sila baca di borneo insider.

Suara Politik
Belantan

Tiada ulasan: