Isnin, April 29, 2013

Isu Pencerobohan Lahad Datu : Giliran Anwar Tidak Dapat Tidur Lena..?


Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dilaporkan Bernama kelmarin berkata Kementerian Pertahanan telah mengenal pasti tiga pemimpin pembangkang yang menjadi dalang kepada insiden pencerobohan kumpulan bersenjata di Lahad Datu, Sabah.

Menurut beliau, segala maklumat dan butir-butir mengenai dalang tersebut akan diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara untuk tindakan selanjutnya.

“Apa yang boleh saya katakan, dua daripada pemimpin pembangkang itu daripada Semenanjung dan seorang lagi daripada Sabah.

“Maklumat kini sudah terkumpul dan semua butir-butir itu akan diserahkan sepenuhnya di Pejabat Peguam Negara untuk tindakan selanjutnya,” katanya yang tidak mendedahkan nama pemimpin pembangkang tersebut.


Beliau berkata, pihaknya tidak mahu dianggap oleh sesetengah pihak tertentu sebagai permainan politik, maka segala tindakan akan dilakukan sejurus selepas pilihan raya umum ke-13.

“Sesuatu tindakan perundangan hanya boleh dilakukan apabila keterangan dirakamkan, direkodkan, kami dah ada semua itu.

“Bila akan diserahkan… tunggu selepas pilihan raya dan tindakan juga akan diambil lepas pilihan raya, kita tidak mahu mereka kata kita bermain politik, jadi kita serah kepada Pejabat Peguam Negara untuk mengelakkan dicapkan sandiwara politik Umno,” katanya.

Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim dilaporkan Antarapos pada 21 April mendakwa pihak Barisan Nasional (BN) mempunyai rakaman perbualan telefon antara beliau dan ketua pengganas Sulu, Jamalul Kiram III.

Bercakap dalam ceramah di Bagan Serai, Anwar mendakwa BN akan mengeluarkan rakaman perbualannya dalam masa terdekat berkaitan dengan perbincangan untuk membekalkan kelengkapan senjata termasuk bom tangan kepada kumpulan pengganas di Filipina tersebut.


Media antarabangsa Reuters pada Februari melaporkan kehadiran penceroboh ke Sabah atas jemputan pemimpin pembangkang bagi membincangkan isu tuntutan tanah, selain menuntut janji untuk memberikan kuasa autonomi kepada Sabah jika berjaya membentuk kerajaan.

“Pencerobohan tersebut berlaku setelah bekas pemimpin Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga pemimpin defacto pakatan pembangkang mencadangkan Sabah akan diberikan autonominya kepada pemerintahan Kesultanan Sulu,” dakwa Al Jacinto yang merupakan koresponden The Manila Times.

Anwar sebelum ini dilaporkan telah berjumpa dengan bekas Pengerusi Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF) Nur Misuari di Jakarta pada 16 Julai 2012, dan 4 Ogos tahun yang sama di Manila.

Perjumpaan tersebut berlangsung enam bulan sebelum serangan tentera bersenjata Sulu ke atas Lahad Datu. Sepanjang insiden itu, Nur Misuari menyatakan sokongan terhadap tuntutan Kiram terhadap Sabah.

Suara Politik
Belantan

Tiada ulasan: