Ahad, April 14, 2013

Isu pengganas Lahat Datu : Gempar..!!! Lagi 400 pengganas Kiram tiba di Sabah perkuat tentangan terhadap pasukan keselamatan?


MANILA 10 April - Selepas mendakwa lebih 200 pengikut kumpulan pengganas Jamalul Kiram III berkumpul di Lahad Datu, Sabah, pada hujung minggu lalu, semalam jurucakap kumpulan itu mendakwa lebih 400 pengikut Kiram telah tiba di negeri itu untuk memperkuatkan penentangan mereka terhadap pasukan keselamatan Malaysia.

Jurucakap kumpulan itu, Abraham Idjirani berkata, kesemua anggota baharu yang lengkap bersenjata itu tiba di pantai timur Sabah dalam dua kumpulan antara 30 Mac dan 5 April lalu.

''Mereka ke sana kerana pasukan keselamatan Malaysia terus mencabul hak asasi manusia rakyat Filipina di negeri itu," dakwanya kepada akhbar harian Inquirer melalui panggilan telefon, semalam.


Istana Malacanang, sebelum ini menolak laporan itu dan menyatakan tidak ada bukti serta maklumat mengesahkan dakwaan Abraham itu.

Abraham turut mendakwa pertempuran antara pengikut Kiram dan pasukan keselamatan Malaysia tercetus pada malam 6 dan 7 April lalu di Tanjung Batu, Lahad Datu.

Dia mendakwa pasukan keselamatan Malaysia kalah teruk dalam pertempuran itu yang mengorbankan 'ramai anggota tentera Malaysia'.

Menurutnya, maklumat itu diperoleh daripada adik bongsu Jamalul, Azzumudie Kiram yang mengetuai pencerobohan ke atas Sabah dan kini menjadi buruan pasukan keselamatan Malaysia. - AGENSI

Suara politik
Belantan

Tiada ulasan: