Isnin, April 29, 2013

Lahad Datu : Tian Chua gila meroyan apabila Zahid Tidak Sebut Nama...?


Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi tidak menyebut sebarang nama berkaitan dengan insiden Lahad Datu, namun Tian Chua tampil dengan kenyataan yang emosi.

“Beliau (Zahid) secara jelasnya memperolokkan soal keselamatan negara semata-mata untuk meraih sokongan kepada Barisan Nasional (BN) dalam PRU13 ini.

“Kenyataan beliau merupakan sebuah kenyataan dan tindakan yang tidak bertanggungjawab dan berbahaya.

“Beliau memalukan nama negara di peringkat antarabangsa, terutamanya dalam hubungan Malaysia dan Filipina kerana menunjukkan bahawa beliau Menteri Pertahanan yang tidak profesional dan tidak cekap dalam melaksanakan tugasnya,” kata Tian Chua dilaporkan FMT.

Malah, lebih lucu lagi, Tian Chua mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengambil tindakan terhadap Ahmad Zahid, jika tidak ambil tindakan, katanya Najib juga kononnya turut memperolok-olokkan keselamatan negara.

Ahmad Zahid dalam kenyataan yang dilaporkan Bernama semalam berkata Kementerian Pertahanan telah mengenal pasti tiga pemimpin pembangkang yang menjadi dalang kepada insiden pencerobohan kumpulan bersenjata di Lahad Datu, Sabah.


Menurut beliau, segala maklumat dan butir-butir mengenai dalang tersebut akan diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara untuk tindakan selanjutnya.

“Apa yang boleh saya katakan, dua daripada pemimpin pembangkang itu daripada Semenanjung dan seorang lagi daripada Sabah.

“Maklumat kini sudah terkumpul dan semua butir-butir itu akan diserahkan sepenuhnya di Pejabat Peguam Negara untuk tindakan selanjutnya,” katanya.

Setakat ini, rakan Semenanjung bersama Tian Chua, Sivarasa Rasiah tidak memberi apa-apa reaksi, namun calon PKR di Penampang, Sabah, Ignatius Dorrel Leiking dalam ceramahnya malam tadi sudah membayangkan beliau adalah seorang daripada tiga pemimpin pembangkang yang dimaksudkan itu.

“Saya telah mendengar tentang (tuduhan) ini sebelum pembubaran Parlimen… Mereka tidak sebut nama, tetapi kita tahu bahawa salah seorang daripada tiga orang itu sepatutnya saya.

“Jadi, jika (Pakatan Rakyat) tidak membentuk kerajaan persekutuan dan kalah di Penampang, maka anda lihat saya masuk lokap …

“Apa juga yang mereka mungkin lakukan, anda akan tetap di sini dan saya harap doa anda akan membantu kami,” katanya dilaporkan Malaysiakini

Darrel Leiking, Timbalan Setiausaha Agung PKR bersama Tian Chua, Naib Presiden PKR dan R Sivarasa, Ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR adalah tiga individu yang diutuskan parti ke Manila pada 7 Februari, 2 hari sebelum bermulanya pencerobohan pengganas Kiram ke Lahad Datu.- aidc

Suara Politik
Belantan

Tiada ulasan: