Khamis, April 18, 2013

PRU -13 : Khalid nafi PKR hilang yakin terhadapnya?


Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menafikan pucuk pimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR) hilang keyakinan terhadapnya untuk mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Ijok yang dimenanginya dalam Pilihan Raya Umum 2008.

Sebaliknya, Khalid memberikan alasan, tindakan PKR menamakan beliau sebagai calon di kerusi DUN Pelabuhan Klang dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) merupakan antara strategi parti itu.

Strategi tersebut katanya, termasuk meletakkan calon yang mempunyai mana besar seperti beliau bagi menyelesaikan masalah di peringkat kepimpinan parti di kawasan berkenaan selain mendapatkan sokongan rakyat.

Tak ada, tak ada (hilang keyakinan terhadap beliau). Mereka (Anwar dan kepimpinan PKR) lagi percaya kepada saya. Ini kerana kerusi DUN Pelabuhan Klang sangat sensitif.

Pencalonan itu untuk selesaikan masalah di kawasan tersebut. Kalau nak hantar nama bukan high power (nama besar) nanti dikatakan kita dikatakan tidak serius," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis perhimpunan bersama kakitangan awam Selangor di sini, hari ini.

Abdul Khalid berkata, pencalonan beliau untuk bertanding di DUN Pelabuhan Klang bermakna parti itu serius untuk menang di kerusi berkenaan yang dimenangi PKR dalam Pilihan Raya Umum 2008 menerusi calonnya, Badrul Hisham Abdullah.

Suara Politik
Belantan

Tiada ulasan: