Rabu, April 17, 2013

PRU -13 : Polis, tentera diperlekehkan lagi oleh Mat Sabu?


Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu @ Mat Sabu, terus memperlekehkan pasukan keselamatan apabila mendakwa lagu patriotik yang sering berkumandang sebagai menghargai jasa mereka mempertahankan negara, sekadar bertujuan menghiburkan anggota keselamatan.

“Nak hiburkan hati polis dan tentera, mainkan lagu patriotik berulang kali,” katanya ketika menyampaikan ceramah di Kampung Tedong, di sini, kelmarin.


Beliau juga terus menuduh insiden anggota pasukan keselamatan negara yang terbunuh ketika bertempur dengan pengganas di Lahad Datu sebagai permainan politik Barisan Nasional dan UMNO.

Pertikai tindakan Jabatan Imigresen

Mohamad turut mempertikaikan tindakan Jabatan Imigresen Sabah, yang tidak membenarkan Naib Presiden PKR, Tian Chua, memasuki Sabah.
Sebaliknya, Mohamad mendakwa jabatan itu membenarkan individu dan kumpulan bersenjata masuk ke negeri itu.


Beliau sebelum ini pernah mencetuskan kontroversi apabila mengangkat Ahmad Indera atau Mat Indera, yang menyertai anggota Parti Komunis Malaya menyerang Balai Polis Bukit Kepong sebagai hero dan pejuang kemerdekaan.

Pada ceramah itu, PAS turut mengumumkan Richard Wong, seorang ahli perniagaan yang juga anggota jawatankuasa Dewan Himpunan Penyokong PAS sebagai calon pakatan pembangkang di kerusi Dewan Undangan Negeri Asahan.

Suara Politik
Belantan

Tiada ulasan: