Ahad, Mei 26, 2013

Rakyat Singapura & United Kingdom Iktiraf Keputusan Pilihan Raya Malaysia, Baca Kisah Ini?


Pembangkang di Malaysia perlu membaca dan mengkaji beberapa keputusan pilihan raya yang telah berlaku di beberapa buah negara. Usah memalukan diri sendiri bila gagal menerima fakta dan hakikat.

Di Singapura, keputusan pilihan raya pada 2011 menyaksikan parti PAP hanya mendapat undi popular sejumlah 60.1% sahaja berbanding pembangkang. PAP kuasai 81 daripada 87 parlimen tetapi hanya mendapat undi popular sejumlah 60.1% sahaja. Berbanding pembangkang yang mendapat hanya 6 kerusi tetapi mendapat 39.9% undi popular.


Contoh kedua adalah keputusan pilihan raya di United Kingdom pada 2010. Lihat pada keputusan undi popular dan jumlah kerusi yang dimenangi oleh Parti Konservatif, Parti Buruh dan Parti LDP.

LDP mendapat 23% undi popular tetapi hanya menang 57 kerusi (9%) daripada 650 kerusi.

Parti Buruh mendapat undi popular sejumlah 29% tetapi dari segi peratusan kerusi adalah 258 (40%) daripada 650 kerusi.

Parti Konservatif mendapat undi popular sejumlah 36% tetapi dari segi kerusi adalah sejumlah 306 kerusi (47%).


Di Singapura dan United Kingdom, pihak yang kalah menerima keputusan dengan baik tanpa mempertikainya di atas jalan raya.

Mereka tidak melompat di atas jalan untuk kutuk sistem demokrasi negara mereka sendiri. Habis pilihan raya, mereka memfokuskan usaha untuk memaju dan membangunkan negara.

Mereka faham tentang undi popular dan majoriti menang mengikut jumlah kerusi di parlimen. Jika kalah, tunggulah 5 tahun lagi untuk mencuba nasib lagi.


Di negara ini, ada pihak yang sudah kalah dan mahu memperbodohkan rakyat dengan membuat "logik akal" mereka sendiri. Menuduh, menghasut dan memperlekehkan sistem demokrasi.

Sedangkan di Selangor, Pulau Pinang dan Kelantan parti yang menang sudah pun mengangkat sumpah. Sistem demokrasi yang sama digunakan di tiga negeri tersebut.

Rakyat jangan mudah terpedaya dengan tipu helah mereka. Malu jika rakyat di Singapura dan United Kingdom melihat ada rakyat Malaysia yang masih lagi tidak faham amalan demokrasi.

Terimalah hakikat, jagalah nama negara. Fokuslah kepada pencapaian Wawasan 2020, lagi 7 tahun misi itu perlu dicapai secara bersama.

Sumber : Angin Perubahan

Suara Politik
Belantan

Tiada ulasan: