Jumaat, Mei 24, 2013

Lakonan Tian Chua Semasa Ditahan Polis?


Naib Presiden PKR, Tian Chua memaklumkan beliau telah ditahan polis ketika berada di Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT) Sepang, jam 1 tengahari tadi.

“Saya telah ditahan di LCCT kira-kira 5 minit lalu, hanya sebelum pemeriksaan keselamatan. Sekarang dalam kenderaan polis untuk dihantar ke Balai Polis Jinjang.

“Menurut ASP Buba, saya ditahan di bawah Seksyen 4 (1) Akta Hasutan,”katanya dalam twitter sekejap tadi.





Malaysiakini melaporkan selain Tian Chua, Haris Ibrahim dan Tamrin Ghafar turut ditahan polis.

Haris dan Tamrin telah berucap dalam satu forum anjuran Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) dan Asalkan Bukan Umno (ABU) di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor pada 13 Mei lalu.

Kumpulan NGO itu juga akan menganjurkan perhimpunan padang berhampiran Amcorp Mall Sabtu ini.

Badrul Hisham Shaharin jurucakap NGO itu menafikan matlamat perhimpunan itu bertujuan untuk menumbangkan kerajaan seperti ‘Arab Spring’ seperti yang didakwa pihak berkuasa.

Sebaliknya, dakwanya ia adalah ‘Festival Rakyat’ untuk mengembalikan hak demokrasi kepada rakyat.

Gabungan 50 NGO yang menjadi penganjur acara berkenaan dijangka menampilkan bukti dan saksi mengenai dakwaan penipuan pilihan raya dijangka akan ditampilkan dalam perhimpunan berkenaan.

Antara yang dijangka mengambil bahagian dalam perhimpunan tersebut adalah NGO Suaram, Solidariti Anak Muda Malaysia, Asalkan Bukan Umno, Tindak Malaysia, Parti Sosialis Malaysia dan Parti Rakyat Malaysia.

Suara Politik
Belantan

Tiada ulasan: