Jumaat, Julai 05, 2013

Isu Jonker Walk : Cina Melaka dikencing hidup-hidup oleh DAPig?


Inilah Cina DAPig bila cakap tak serupa bikin! Dahulu merekalah yang kuat membantah, tetapi kini mereka pula cuba menunjukkan mereka adalah jaguh bagi orang Cina di Melaka dalam menangani isu ini? Sampai 'basah kuyup' Cina Melaka di 'kencing' oleh DAPig!

Akhbar China Press bertarikh 27 Jun 2013 memaparkan laporan pembukaan semula jalan di Jonker Walk, Melaka dalam ruangan berita Dalam Negeri.

Pasukan Roket Kota Laksamana akan adakan kempen tanda tangan membantah tindakan membuka laluan jalan dan mempertahankan Jonker Walk yang akan diperluaskan sehingga ke kawasan penduduk bandar dan pelancong yang hadir untuk mempertahankan Jonker Walk di waktu malam sekitar Melaka.

ADUN DAP Kota Laksamana, Lai Keun Ban berkata, DAP akan menggunakan semangat dan cara mempertahankan Bukit Cina Melaka untuk mempertahankan Jonker Walk.

Beliau berkata, dalam isu Jonker Walk, hujah Ketua Menteri Melaka, Datuk Idris Haron berputar belit, mengatakan DAP mahu jalan itu dibuka semula untuk kemudahan lalu lintas kenderaan dan hari ini pula menjelaskan beliau tidak pernah arahkan supaya aktiviti di kawasan Jonker Walk dihentikan.


“Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz telah pun bersuara, beliau tidak setuju pembatalan menutup jalan di Jonker Walk kerana akan hilang tempat menarik di negeri itu.

“Idris mahu selesaikan masalah kesesakan lalu lintas di Ayer Keroh menghala ke bandar, apa kena mengena dengan Jonker Walk di Bandar Melaka? Selepas beliau memegang jawatan Ketua Menteri terus tumpukan isu di Jonker Walk, nampaknya beliau mahu menghukum penyokong DAP iaitu orang Cina yang menyokong DAP pada PRU lepas," ujarnya.

Keun Ban menganggap Idris tidak layak menjadi Ketua Menteri Melaka dan beliau sepatutnya digantikan orang lain di samping mahu pengurusan di Jonker Walk diserahkan kepada sembilan pertubuhan kampung Cina yang tiada kaitannya dengan politik kerana pertubuhan kampung itu telah lama bertapak di sana dan sering adakan aktiviti sempena perayaan sambutan Tahun Baharu Cina.

Tambahnya, Jonker Walk telah memberi jasa yang besar kepada pembangunan negara". Jika ia dikendalikan oleh pertubuhan persatuan kampung Cina di situ, ia akan dapat kurangkan penyelewengan wang dan masalah kepentingan kroni-kroni.

Keun Ban meminta jawatankuasa budaya Jonker Walk bandar Melaka jika benar-benar jujur untuk selesaikan isu itu perlu kembali menghidupkan lampu di pentas Jonker Walk, kembalikan persembahan pentas, adakan semula aktiviti serta dedahkan laporan kewangan yang diuruskan mereka selama 13 tahun lalu.

Jika dalam 7 hari ini tidak menyerahkan laporan akaun, saya akan laporkan kepada pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), kita mahu ia disiasat sehingga ke akar umbi," jelasnya.

Penulis menunggu DAPig menjilat semula ludah mereka dengan selicin-licinnya...!!! Ketuk dulang, paku serpih. Mengata orang, tapi mereka yang lagi lebih...!!!

Suara Politik
Belantan

Tiada ulasan: