Selasa, Julai 16, 2013

MB Selangor Sebenarnya Setuju Dengan Pembinaan Langat Dua?




Kerajaan Negeri Selangor menyatakan bahawa sumber-sumber air di Negeri Selangor mencukupi sambil menyarankan bekas-bekas lombong bijih timah juga dijadikan takungan air mentah. Di samping itu cuba untuk mendapatkan sumber air bawah tanah sebagai alternatif. Cadangan yang paling ditonjolkan ialah teknik membrane yang diperolehi dari Kanada untuk dijadikan alternatif bagi menolak Projek Langat 2. Momokan bahawa dengan terlaksananya Projek Langat 2 akan meningkatkan tarif air di Lembah Kelang. Konon bagi melindungi kepentingan rakyat dan pengguna maka Projek Langat 2 ditentang habis-habisan.

Namun demikian kesemua cadangan-cadangan ini tidak pernah disertakan dengan data-data teknikal dan saintifik yang boleh menyokong dan dipercayai melainkan retorik politik sahaja. Pelik bin ajaib apabila pihak kerajaan negeri Selangor yang dapat berkuasa kembali setelah PRU 13, telah menyatakan persetujuan pula kepada Projek Langat 2. Dengan alasan ia harus dilakukan secara menyeluruh bagi industri air Selangor. Ucapan Tan Sri Khalid Ibrahim setelah selesai mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Selangor pada 14hb Mei 2013 yang lalu mengesahkan perkara ini.

Yang menghairankan ialah sebelum PRU 13 tidak langsung menyatakan bahawa Projek Langat 2 akan dipersetujui perlaksanaannya walau dalam apa keadaan sekalipun. Oleh itu dapatlah ditafsirkan bahawa kerajaan negeri Selangor telah mengheret rakyat bagi mempercayai bahawa Projek Langat 2 membebankan rakyat dan sebagai modal politik bagi meraih undi dalam PRU 13. Dari segi intergriti ia boleh dipertikaikan.

Untuk berita yang selanjutnya, sila baca di sini.

Suara Politik
Belantan

Tiada ulasan: