Isnin, Julai 22, 2013

Sandiwara episod baru : Karpal Singh masuk hospital, kes Anwar ditangguh lagi?


Mahkamah yang sepatutnya mendengar rayuan pihak pendakwaan terhadap pembebasan Anwar Ibrahim daripada tuduhan meliwat Mohd Saiful Bukhari Azlan, esok, mungkin ditangguhkan.

Menurut The Malaysian Insider, penangguhan itu ekoran peguam bela Anwar, Karpal Singh tidak sihat.

"Kita akan buat permohonan penangguhan kerana Karpal tidak sihat. Beliau kini ada di hospital dan dijangka berada di mahkamah, dua tiga hari lagi.

"Bagaimanapun, kita belum tahu bila tarikhnya," kata Ramkarpal kepada portal itu.


Mahkamah Rayuan sebelum ini menetapkan dua hari bermula esok bagi mendengar rayuan pihak pendakwaan terhadap keputusan pembebasan Anwar daripada tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya itu.

Pada 9 Januari tahun lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur melepas dan membebaskan Anwar atas dakwaan meliwat Mohd Saiful Bukhari, 26, di Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara, Bukit Damansarara di sini, antara jam 3.01 petang dan 4.30 petang, 26 Jun 2008.

Anwar, 65, yang juga ketua pembangkang dan ahli Parlimen Permatang Pauh, didakwa mengikut Seksyen 337B Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Suara Politik
Belantan

Tiada ulasan: