Ahad, Julai 14, 2013

Soksek-soksek akhbar berbahasa Cina : Membenci BN trend terkini orang muda?


Akhbar China Press bertarikh 6 Julai 2013 melalui ruangan Kedai Kopi Orang Ramai memaparkan tulisan Lim En Theng mengenai trend orang muda yang membenci Barisan Nasional (BN).

BN merasakan peritnya Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) terhadap pengundi muda kerana sejak beberapa PRU lepas golongan muda yang berusia antara 21 hingga 40 tahun condong kepada pakatan pembangkang.

Dalam usia muda ini, mereka mendapat pendidikan tinggi, kerjaya yang baik dan tiada masalah dalam makan minum seharian. Mereka tidak pernah mengalami zaman masyarakat bergelora, tiada konsep kefahaman sejarah dan meletakkan demokrasi dan keadilan di hadapan.

Jika mahu mengekalkan kuasa pada PRU-14, BN perlu ubah pemikiran dan pendirian, kaji semula dan rombak slogan politik mereka. Rampas semula slogan “UBAH Malaysia" daripada pembangkang supaya BN menjadi peneraju perubahan negara.


BN juga perlu kembali ke sekolah-sekolah. Sekolah menengah hari ini telah menerima kesan daripada penggunaan internet. Pelajar juga merasa tidak puas hati terhadap kerajaan BN dan kebencian itu tidak lagi terhad kepada mereka yang layak mengundi sahaja. Muda-mudi ini bukan sahaja memainkan peranan penting dalam PRU sebelum ini, malahan sebelum musim PRU lagi, mereka jugalah yang paling BN bimbang untuk hadapi.

Semasa perhimpunan besar-besaran musim PRU lalu, ramai dalam kalangan peserta adalah pelajar sekolah menengah yang belum layak mengundi. Pelajar ini juga berkesan menarik keluarga dan ibu bapa turut serta dalam perhimpunan. Mereka menggunakan dunia siber menghebahkannya, belajar muat naik gambar-gambar warna hitam melambangkan demokrasi sudah mati, menyebarkan maklumat dan pengetahuan mereka ke dunia luar.


Kempen beramai-ramai seperti ini menunjukkan ia bukan satu kempen politik biasa tetapi merentasi pemikiran dan aktiviti pelajar sekolah menengah. Mereka menggunakan kempen politik untuk jadikannya satu ‘musim’, bermakna apabila dihebahkan ia menjadi suruhan dalam masyarakat dan menjadi satu gelombang kekuatan. Kebetulan ia berlaku di zaman ini, menunjukkan mereka menentang kerajaan dan BN, inilah baru dikatakan “berada di puncak trend zaman".

Apabila trend itu berubah menjadi tiket undi, tiada keputusan yang salah ataupun betul. Ini dapat memberi kesan sama kepada yang seangkatan dengan mereka iaitu sama umur ataupun sama pemikiran, termasuk mendapat jenis pendidikan yang sama serta kesan daripada media. Sebab tindakan dan kefahaman yang sama itu, kesan daripada seangkatan pelajar sekolah menengah boleh memberi kesan padu yang tidak terhad kepada idola ataupun fesyen semasa sahaja.

Suara Politik
Belantan

Tiada ulasan: