Ahad, Ogos 18, 2013

Akhirnya Mat Sabu buka mulut tetapi enggan jawab isu Syiah?


Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu yang dikaitkan sebagai seorang daripada dua pemimpin tertinggi Pas menganuti ajaran Syiah enggan mengulas sebarang pertanyaan mengenai isu tersebut.

Sebaliknya, beliau menegaskan, polemik Syiah sengaja ditimbulkan media arus perdana menjelang muktamar Pas, meskipun pelbagai pihak bimbang penularan Syiah bakal membawa kemudaratan akidah umat Islam di Malaysia.

"Saya tidak mahu jawab mengenai Syiah, sebarang soalan... ini hanya permainan media, saya tidak mahu jawab. Tidak mahu menjawab apa-apa. Maaf," katanya sebagaimana dipetik daripada artikel bertajuk Mat Sabu: 'Maaf, tiada komen isu Syiah dari saya' dalam laman portal berita Antarapos di sini hari ini.


Kenyataan Mohamad atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu itu dilihat sebagai cubaan mengelakkan diri sebagaimana dilakukan Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar yang memberi jawapan 'menjengkelkan' ketika ditanya mengenai Syiah.

Mahfuz sebelum ini mendakwa isu Syiah sudah berlalu dengan kuih-muih berbuka puasa selepas terdahulu mengeluarkan kenyataan: "Syiah itu benda apa? Kuih berbuka puasa? Saya tak tahu apa Syiah. Ingat kuih buka puasa. Kawasan saya buat bubur lambuk sahaja."

Suara Politik
Belantan

Tiada ulasan: