Sabtu, Ogos 24, 2013

Waythamoorthy silap 'masuk kandang'...Tak pasal-pasal kena SOUND dengan Zahid Hamidi?


Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, P. Waythamoorthy dinasihatkan supaya berhenti daripada memegang jawatan dalam pentadbiran kerajaan sekiranya mahu memberi kenyataan berhubung perkara di luar bidang kuasanya.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi juga mengingatkan beliau supaya tidak mencampuri urusan polis tetapi menumpukan kepada bidang kuasa sendiri iaitu menguruskan hal-hal berkaitan Barisan Bertindak Hak-hak Hindu (Hindraf).

"Saya cadang dia berhenti jadi timbalan menteri kalau nak cakap mengenai perkara luar bidang kuasanya, beliau kena faham kasut mana dipakai dan rumah mana dia duduk.

"Jangan ingat yang beliau masih pemimpin badan bukan kerajaan (NGO). Jangan campur tangan dalam kerja polis, polis kita bukan jenis yang suka-suka menembak tanpa mengenal pasti sasarannya (trigger happy)," katanya kepada pemberita di sini hari ini.


Beliau berkata demikian selepas menerima kunjungan hormat Menteri Kebajikan Ekspatriat dan Penggajian Luar Negara Bangladesh, Khandaker Mosharraf Hossain di Kementerian Dalam Negeri di sini hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Waythamoorthy yang mempertikaikan tindakan polis menembak mati lima penjenayah di Pulau Pinang.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu antaranya mempersoalkan kenapa polis tidak memberi amaran sebelum menyerbu pangsapuri di tempat kejadian.

Mengulas lanjut, Ahmad Zahid berkata, dakwaan Waythamoorthy bahawa polis perlu memberi amaran sebelum menyerbu masuk ke tempat kejadian sebagai sesuatu yang tidak berasas.

"Manalah ada amaran, kalau polis beri amaran, penjenayah akan menembak polis terlebih dahulu," katanya.

Suara Politik
Belantan

2 ulasan:

anakketam berkata...

Sebetulnya Waythamoorthy tidal silap masuk kandang cuma tersilap cara dan kurang memahami fumgsi jawatan yang dipangku juga kurang arif mengenai protokol untuk "bersma" apabila ingin menyambut sesuatu isu yang dibangkitkan.

Sekurang-kurangnya ini merupakan satu pelajaran pertama untuk YB Senator.

Tahniah atas kebebasan bersuara cuma biar lah ditempat yang tepat dan betul supaya apabila bercakapa atau membalas cakap orang lain mesti lah secara 'keluarga'.

Tapi jika masih tidak puas hati ... bagi saja notis berhenti dari Senator dan jadi lah pejuang minoriti yang terpinggir.

raismazzadam berkata...

Menteri SAMPAH dlm kabinet Najib...nak jaga kain hindraf yg kurang ajar...skrg sendiri pening kepala...
Ingat penjenayah nak buat jenayah ada amaran ke....apa ke BODOH punya akal menteri lantikan najib ni...