Jumaat, Ogos 23, 2013

Yuktes Vijay, bekas pembantu peguambela Anwar kemuka bukti?


Bekas pembantu peguambela utama Anwar Ibrahim menyerahkan dokumen dan surat rasmi kepada Peguam Negara semalam, yang didakwa sebagai bukti penipuan Ketua Pembangkang itu bagi menangguhkan perbicaraan kesnya di mahkamah.

Yuktes Vijay, yang pernah menjadi pembantu Sankara Nair selama dua setengah tahun bermula Oktober 2010, berkata bukti itu termasuk salinan laporan, e-mel dan sijil cuti sakit palsu yang digunakan Anwar.

Kemuka sijil cuti sakit palsu

“Semua ini beliau (Anwar) gunakan sebagai alasan untuk tidak menghadiri sesi perbicaraan mahkamah bagi kes perhimpunan BERSIH 3.0 pada September tahun lalu. Saya bukan hanya membuat dakwaan semata-mata, setiap apa yang saya katakan turut dikemukakan dengan bukti.

Yuktes hari ini telah menyerahkan bukti sijil sakit palsu Anwar Ibrahim kepada wakil Pejabat Peguam Negara. Menurut Yuktes sijil tersebut adalah palsu dan telah diuruskan oleh Chegu Bard atas arahan Anwar.

“Antara sebab beliau (mengemukakan sijil cuti sakit palsu) bukan hanya untuk melengahkan kes, tapi memberi kelebihan kepadanya untuk berkempen bagi Pilihan Raya Umum Ke-13,” katanya selepas menyerahkan dokumen berkenaan kepada Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Peguam Negara, Za'ba Abu Bakar, di sini semalam.

Yuktes sebelum ini membuat laporan polis bagi mendesak siasatan dilakukan ke atas Anwar berhubung perkara sama.



Beliau juga berharap Peguam Negara akan mengambil tindakan secepat mungkin kerana walaupun sijil cuti sakit palsu dianggap perkara kecil, ia adalah satu kesalahan besar apabila membabitkan institusi kehakiman negara.

Katanya, beliau sudah menghubungi beberapa badan luar negara yang selama ini menyokong Anwar atas dasar simpati bagi mendedahkan perkara yang sama.

Suara Politik
Belantan

Tiada ulasan: