Rabu, September 11, 2013

DAPig Anthony! Mana satu betul?


Pengumuman Setiausaha Organisasi DAP, Anthony Loke Siew Fook hari ini yang mendakwa pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) akan diadakan pada 29 September ini menimbulkan tanda tanya berikutan percanggahan dalam perlembagaan parti itu.

Ini kerana sebelum ini Pengerusi DAP, Karpal Singh menjangkakan pemilihan semula itu akan diadakan kira-kira 10 minggu selepas pengumuman mengenai perkara itu dibuat pada 15 Ogos lalu.

Setiausaha Organisasi DAP itu membuat kenyataan demikian pada sidang akhbar di Ibu Pejabat DAP, Jalan Pudu tengah hari ini dan ini dilaporkan secara meluas oleh portal-portal berita termasuk yang pro pembangkang.

Persoalan yang timbul kini adalah, mengapakah Setiausaha Agung, Lim Guan Eng dan Anthony Loke yang kini dilantik sebagai Pengerusi Pemilihan Khas CEC tidak mengikut apa yang termaktub dalam perlembagaan parti, seterusnya membuat keputusan tanpa merujuknya.

Apakah tarikh sebenar untuk mengadakan semula pemilihan semula CEC DAP ini? Adakah DAP menggunakan lunas undang-undang parti atau sekadar 'bersandiwara' lagi? Juga, adakah perlembagaan parti sudah tidak diguna pakai lagi?

Juga, timbul persoalan mengapa tarikh yang dijangka oleh Karpal itu bercanggah dengan pilihan Guan Eng selepas mesyuarat khas CEC bulan lepas.


Mengikut buku perlembagaan DAP, klausa 8 artikel enam menyebut: Sekurang-kurangnya 10 minggu sebelum tarikh yang ditetapkan untuk Kongres Kebangsaan Parti, Setiausaha Agung parti hendaklah memberitahu secara bertulis kepada semua setiausaha cawangan tarikh yang telah ditetapkan untuk Kongres Kebangsaan Parti dan menarik perhatian kepada Fasal Kecil 7 dan Fasal Kecil 13.

Anthony Loke juga telah mengesahkan mereka belum menghantar sebarang notis kepada Pendaftar Pertubuhan (ROS) kerana tidak tertakluk dalam undang-undang dasar parti dan hanya membuat keputusan menghantar notis dalam masa terdekat.

DAP juga telah memaklumkan kepada media bahawa pemilihan itu juga dijangka diadakan di sebuah hotel di Petaling Jaya walaupun masih terdapat dakwaan rata-rata cawangan dan perwakilan belum menerima notis pemilihan semula.

Kelmarin, ROS membidas DAP kerana tidak pernah memaklumkan apa- apa maklumat atau perkembangan mengenai pemilihan semula CEC parti itu pada bulan ini.

Ketua Pengarahnya, Datuk Abdul Rahman Othman berkata, daripada memberi maklumat rasmi kepada ROS, DAP sebaliknya dilihat lebih gemar membuat pengumuman melalui media massa.

Suara Politik
Belantan

Tiada ulasan: