Ahad, September 01, 2013

DAPig Guan Eng kata media salah tafsir?

Surat Pekeliling yang dikeluarkan oleh Majlis Perbandaran Pulau Pinang yang mengarahkan pemilik pawagam tidak menayangkan filem Tanda Putera di Pulau Pinang, semalam.

Selepas menerima kecaman pelbagai pihak, Ketua Menteri, Lim Guan Eng dilihat berdolak-dalik tentang tayangan filem Tanda Putera di negeri ini seperti diarahkan beliau semalam dengan menyalahkan media kononnya tersalah tafsir kenyataannya itu.

Menurut Guan Eng, beliau tidak pernah menghalang pemilik pawagam di Pulau Pinang menayangkan filem berkenaan sebaliknya sekadar menasihati mereka supaya tidak berbuat demikian.

"Sekiranya mereka tetap mahu menayangkan filem itu, tiada tindakan akan diambil. Saya rasa berlaku salah tafsir oleh sesetengah media berhubung kenyataan semalam dan saya memberi amaran supaya jangan salah tafsir lagi," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Semalam, Guan Eng menyatakan kerajaan negeri tidak membenarkan filem itu ditayangkan di negeri ini kerana babak pemuda Cina kencing di kediaman rasmi Menteri Besar Selangor adalah sensitif dan berbahaya kepada masyarakat.


Sehubungan itu, beliau mengarahkan Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pengurusan Lalu Lintas dan Tebatan Banjir negeri, Chow Kon Yeow menguruskan perkara tersebut berikutan lesen perniagaan kepada pemilik pawagam dikeluarkan pihak berkuasa tempatan (PBT) iaitu Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) dan Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP).

Walau bagaimanapun, hasil penelitian wartawan terhadap surat yang dikeluarkan PBT kepada pemilik pawagam mengenai perkara itu terdapat percanggahan.

Dalam surat semalam, PBT mengarahkan pemilik pawagam tidak menayangkan filem Tanda Putera kerana mengandungi babak-babak tertentu yang sensitif kepada masyarakat setempat.

Surat bertarikh hari ini pula memaklumkan, kerajaan negeri bukannya mengarahkan sedemikian sebaliknya hanya menasihati pemilik pawagam untuk tidak menayangkan filem terbabit.

PBT juga menyerahkan kepada pemilik pawagam sama ada mahu menayangkan filem itu atau sebaliknya.

Dalam perkembangan berkaitan, Guan Eng mengakui beliau tidak menonton filem berkenaan dan arahan dikeluarkan adalah berdasarkan komen awal yang diberikan terhadap filem itu.

Ditanya tindakan pawagam di negeri ini yang akur kepada nasihat kerajaan negeri dengan tidak menayangkan filem itu pada hari pertama tayangannya hari ini, Guan Eng menjelaskan, beliau akan membuat kenyataan mengenai perkara tersebut esok secara bertulis kerana bimbang disalah tafsir media.

Suara Politik
Belantan

Tiada ulasan: