Selasa, September 10, 2013

Kalimah Allah : Sensiviti Islam tidak penting, wakil Paderi NECF dah tunjuk lagak?


PUTRAJAYA 10 Sept – Wakil Paderi The National Evangelical Christian Fellowship (NECF) hari ini meremehkan sensiviti umat Islam berhubung isu kalimah Allah apabila menyifatkan nilai sensiviti bumiputera adalah lebih penting.

Beliau yang hanya mahu dikenali sebagai Yap berkata, nilai sensiviti bumiputera Sabah dan Sarawak adalah lebih penting dan perlu diutamakan.

“Jika umat Islam merasakan kalimah Allah ini penting, kami juga merasakan hak bumiputera adalah penting.

“Bumiputera sudah lama menggunakan kalimah Allah, jadi kenapa mahu ditukar?,” soalnya kembali kepada wartawan.

Ujarnya lagi, mereka akan terus memperjuangkan hak milik untuk mendapatkan penggunaan kalimah Allah ini dalam bible terbitan mereka.


Beliau ditemui semasa perbicaraan sedang berlangsung di luar bilik perbicaraan.

Mahkamah Rayuan Putrajaya hari ini mendengar rayuan penuh kerajaan untuk membatalkan larangan penggunaan kalimah suci Allah oleh penganut agama Kristian di Malaysia.

Ini adalah berdasarkan keputusan Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Lau Bee Lan apabila memutuskan larangan Kementerian Dalam Negeri terhadap perkataan Allah dalam The Herald adalah tidak sah dan terbatal pada 31 Disember 2009.

Permohonan kali ini didengar oleh panel tiga hakim yang diketuai YA Dato Seri Mohamed Apandi Hj Ali bersama dengan dua lagi YA Dato Abdul Aziz Abdul Rahim dan YA Dato Mohamad Zawawi Salleh.



Antara Melayu yang sokong kalimah Allah digunakan oleh Kristian

Tambah wakil paderi NECF itu lagi, dalam memberikan sokongan pada hari ini, wakil paderi gereja dari Sabah juga akan turut hadir. Turut kelihatan beberapa orang wakil dari Persekutuan Kristian Malaysia (CFM).

Dalam pada itu menurut seorang peguam cina yang beragama Kristian (tidak mahu dikenali), perbicaraan kes kalimah Allah hari ini adalah lebih penting dari kes yang sedang dibicarakan di bilik mahkamah lain.


Katanya, hari ini adalah penentu kepada penggunaan kalimah Allah oleh orang Kristian di Malaysia.

“Perkara ini penting untuk mengekalkan keharmonian di Malaysia,” ujarnya.

Namun apabila ditanya mengenai sensiviti dan kemarahan umat Islam berhubung perkara ini, beliau tidak mahu mengulas lanjut.

Suara Politik
Belantan

Tiada ulasan: