Rabu, September 11, 2013

Panas...!!! Facebook Adun Paroi diceroboh?

Antara bahan yang tidak sopan terpamer di akaun Facebook Adun Paroi sehingga wakil rakyat itu dikutuk orang ramai.

Adun Paroi, Mohd Ghazali Wahid kecewa apabila akaun Facebook beliau diceroboh individu yang dipercayai sengaja mahu menjatuhkan kariernya sebagai wakil rakyat.

Menurut Ghazali, laman Facebook yang menjadi penghubung beliau dengan orang ramai disedari diceroboh sejak tiga hari lalu apabila muncul status asing di dinding akaunnya, selain terdapat beberapa video lucah kononnya ditonton beliau.

Akibat itu, ramai pengikut beliau yang mengutuk dan ada antaranya memberi komen sinis.

“Sebaik sahaja saya masuk ke akaun Facebook, saya terkejut dengan dengan status tidak senonoh terpamer di dinding akaun saya. Akaun laman sosial ini dikawal pegawai khas saya selaku admin, dan tidak mungkin perkara sebegini boleh berlaku," katanya.

Berikutan kejadian itu, Ghazali berkata, beliau menutup serta merta akaun Facebook berkenaan bagi melakukan siasatan menyeluruh, sebelum melaporkan kepada polis.

"Saya minta maaf kepada pengikut Facebook saya. Saya minta mereka tidak salah sangka dengan perkara ini kerana ia bukan dilakukan saya sendiri," katanya.

Suara Politik
Belantan

Tiada ulasan: