Selasa, September 10, 2013

Peguam : Kalimah Allah bukan amalan Kristian?


PUTRAJAYA 10 Sept – Kalimah Allah bukan merupakan sebahagian kepercayaan, kefahaman mahupun pengamalan orang Kristian, demikian hujah Peguam dari Majlis Agama Islam Selangor, Tan Sri Abdul Aziz Abdul Rahman.

Katanya, tidak mungkin kalimah Allah menjadi sebahagian kepercayaan orang Kristian.

“Jika kalimah Allah menjadi kepercayaan mereka, sudah tentu mereka Islam. Justeru, perkataan Allah adalah untuk agama Islam bukan untuk Kristian,” demikian antara hujahnya.

Beliau berkata, saya tidak pasti bagamaimana mereka (orang Kristian) menterjemahkan God kepada Allah.

“Dalam bahasa apa? English pun tiada perkataan Allah. Sebabnya, dalam Bible asal mesti dalam bahasa Hebrew (Yahudi Israel).


“Maka apabila diterjemahkan kepada Bible asal atau bahasa Greek, tiada penggunaan kalimah Allah di situ,” tegasnya ketika ditemui wartawan selepas perbicaraan berhenti rehat.

Oleh yang demikian beliau menegaskan bahawa perkataan God sama sekali tidak boleh diterjemahkan kepada perkataan Allah.

Kalimah Allah adalah milik eksklusif umat Islam, hanya orang Islam sahaja yang boleh dan berhak menggunakan kalimah Allah.

Segala hujah oleh pihak perayu telah dikemuka dan dibahaskan pada sebelah pagi. Pada jam 12.40 tengah hari tadi, mahkamah berhenti rehat dan bersambung semula pada jam 2.15 petang ini dengan hujahan oleh pihak Kristian.

Suara Politik
Belantan

Tiada ulasan: