Isnin, Oktober 21, 2013

Guan Eng sial dibidas persoal keputusan mahkamah?


Kerajaan diminta bertindak tegas terhadap mana-mana pihak termasuk Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang masih mempersoalkan secara terbuka keputusan Mahkamah Rayuan berhubung isu penggunaan kalimah Allah.

Timbalan Presiden Gabungan Bela Hak Insan Pulau Pinang (Gabungan), Mohamed Hafiz Mohamed Nordin berkata, tindakan sedemikian ternyata tidak menghormati sistem kehakiman negara dan dianggap biadab.

Menurutnya, perbuatan tersebut juga boleh mencetuskan ketegangan berikutan seorang penganut agama lain cuba mempertikaikan hak orang Islam.

"Saya harap Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dapat mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang tidak mengendahkan keputusan mahkamah berhubung isu penggunaan kalimah Allah.

"Tindakan tegas perlu diambil bagi menyekat kejadian buruk berlaku," katanya kepada pemberita di Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) di sini hari ini.

Beliau sebelum itu menyertai perhimpunan aman bagi membantah tindakan Guan Eng yang tidak mahu berganjak dengan pendirian mendesak kerajaan supaya membenarkan penggunaan kalimah Allah dalam Injil versi bahasa Melayu.

Perhimpunan yang bermula di Masjid Simpang 6 selepas solat Jumaat itu disertai kira-kira 50 ahli pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam seperti Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Persatuan Anak Jati Melayu Pulau Pinang (Pajim), Persatuan Kebajikan Insan Mulia (PKIM) dan Persatuan Mukabuku Pulau Pinang.

Mereka kemudian berarak sejauh 100 meter ke Komtar yang menempatkan pejabat pentadbiran kerajaan DAP Pulau Pinang dan berhimpun di situ kira-kira 30 minit sebelum bersurai.

Isnin lalu, Mahkamah Rayuan memutuskan untuk membenarkan rayuan kerajaan dan Menteri Dalam Negeri supaya mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi pada 2009 yang membenarkan penerbitan majalah mingguan, The Herald menggunakan kalimah Allah dalam seksyen bahasa Melayu penerbitan itu.

Mohamed Hafiz menambah, sikap keterlaluan Guan Eng itu ternyata berbahaya kerana mampu menghilangkan suasana harmoni dalam kalangan penganut pelbagai agama di negara ini.

Suara Politik
Belantan

Tiada ulasan: