Rabu, Oktober 09, 2013

Karpal sesuai dan layak digelar 'Badut Jelutong'?


Pengerusi DAP, Karpal Singh digesa untuk menukar gelaran beliau daripada 'Harimau Jelutong' kepada 'Badut Jelutong' kerana lebih bersesuaian dengan dirinya.

Ini berikutan sikapnya yang sentiasa menari mengikut rentak yang dimainkan oleh Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang dilihat lebih berkuasa serta dominan dalam parti itu.

Timbalan Ketua Pemuda MIC Bukit Bintang, Datuk R.Ramanan berkata, Karpal sanggup membuat pusingan 'U' berhubung tarikh pemilihan semula Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) dari 10 minggu notis kepada empat minggu berikutan arahan Guan Eng.

Dakwa Ramanan, tindakan Karpal itu sebenarnya arahan yang terpaksa dipersetujui sebulat suara walaupun menyalahi perlembagaan parti itu.

"Kita difahamkan Guan Eng sering memberi kelas 'tuisyen' kepada Karpal serta anak-anaknya, Gobind Singh dan Jagdeep berhubung undang-undang dan perlembagaan parti.


"Karpal serta anak-anak beliau hanya layak digelar sebagai badut berikutan sikap tidak profesional yang ditonjolkan oleh mereka kerana hanya mengangguk kepada semua arahan Guan Eng," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

DAP pada 15 Ogos lalu akhirnya akur untuk mengadakan pemilihan semula CEC selepas pemilihan tahun lalu didakwa wujud penyelewengan kerana parti itu dikatakan gagal memberi notis kepada 753 perwakilan yang merupakan ahli sah untuk mengundi.

Walau bagaimanapun, pemilihan semula CEC itu yang dijadual pada 29 September ini menimbulkan tanda tanya selepas dikritik ahli DAP sendiri kerana didakwa akan diadakan tanpa mengikut perlembagaan parti.

Kongres Kebangsaan memerlukan notis sekurang-kurangnya 10 minggu sebelum diadakan manakala notis Kongres Khas pula hanya dalam tempoh tujuh hari.

Jelas Ramanan, Karpal tidak layak memegang jawatan nombor satu DAP sekiranya hanya tertakluk dengan kehendak dinasti Lim semata-mata.

Suara Politik
Belantan

Tiada ulasan: