Ahad, Oktober 06, 2013

Liew Chin Tong sepatutnya menjadi Setiausaha Agung DAP dan bukannya Lim Guan Eng?


Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng digesa berundur dan meletakkan jawatan berikutan tidak mendapat undi popular ketika pemilihan semula Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) baru-baru ini.

Bekas Ahli Parlimen Wangsa Maju, Wee Choo Keong berkata, Guan Eng sebelum ini sering melemparkan tuduhan bahawa kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak layak membentuk kerajaan Pusat kerana gagal mendapat undi popular sewaktu Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

"Jadi Guan Eng juga didesak mengguna pakai prinsip undi popular tersebut dalam menentukan kepimpinan DAP selepas berakhirnya pemilihan CEC baru-baru ini.

"Jelas Guan Eng tidak layak menjadi Setiausaha Agung DAP kerana sepatutnya yang mendapat undi tertinggi pada pemilihan semula CEC lalu iaitu Ahli Parlimen Kluang, Liew Chin Tong, paling layak menduduki jawatan tersebut," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Dengan muka selamba dan tak malunya, Guan Eng mengangkat tangan Chin Tong!

Dalam CEC baru-baru ini, Chin Tong menduduki tempat pertama dengan mendapat 1,438 undi daripada 1,725 perwakilan.

Guan Eng pula meskipun menduduki tempat kelima dengan 1,304 undi, dipilih semula sebagai Setiausaha Agung DAP.

Sementara itu, Ketua Pemuda UMNO Pulau Pinang, Shaik Hussein Mydin berkata, tindakan tersebut seharusnya diambil kerana Ketua Menteri itu sering mencanangkan undi popular yang kononnya diperolehi pembangkang PRU-13.

"Guan Eng perlu mempraktikkan apa yang sering dilaung-laungkan sebelum ini. Sepatutnya jawatan Setiausaha Agung diberikan kepada Chin Tong yang juga Pengarah Biro Pendidikan Politik DAP sebab dia menang undi popular," katanya.

Selepas ini jangan terkejut jika Guang Eng akan kata, kalau Najib boleh takkan saya pun tak boleh kot? Sama-sama tak polpular ma!

Suara Politik
Belantan

Tiada ulasan: