Rabu, Oktober 16, 2013

Mahfuz dan Khalid Pertahan Bukan Islam Ada Hak Guna Nama Allah...!!! Apakah status ISLAM mereka?


Walaupun keputusan Mahkamah Rayuan mengharamkan perkataan ‘Allah’ dalam penerbitan Kristian The Herald namun Pas berpendapat ia tidak mengubah hakikat bahawa Islam membenarkan orang bukan Islam menggunakan perkataan tersebut.

Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar dan Timbalan Yang Dipertua Pas Selangor, Khalid Samad dihubungi FMT untuk mendapat reaksi Pas berhubung keputusan mahkamah hari ini.

“Saya menghormati keputusan mahkamah. Tetapi gereja Katolik mempunyai hak untuk merayu keputusan itu di Mahkamah Persekutuan. Proses tersebut tidak boleh dinafikan,” kata Mahfuz.

Khalid pula memberi kenyataan yang lebih keras lagi, di mana menurutnya pengharaman penggunaan nama Allah terhadap bukan Islam adalah seperti tindak balas ketakutan daripada ‘orang bodoh.’



“Kerajaan perlu mendidik umat Islam mengenai semua ayat-ayat al-Quran yang menyebut bahawa bukan Islam telah berbincang tentang Allah dengan Nabi Muhammad dan menggunakan perkataan itu secara bebas tanpa apa-apa halangan.

“Sebaliknya, kerajaan seolah-olah sangat berbangga bahawa negara kita adalah satu-satunya negara Islam yang mengamalkan larangan ini – melampaui daripada apa yang Nabi Muhammad telah lakukan.

“Adalah malang kerajaan telah mengambil kira orang-orang yang ‘bodoh’ berkeras dalam isu ini, membelakangkan pandangan Islam terhadap perkara ini,” kata Khalid.


Khalid turut menolak garis panduan daripada JAKIM (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia) yang tidak membenarkan ‘Allah’ digunakan bukan Islam kerana bimbang akidah umat Islam terancam.

Menurutnya, “tidak ada kekeliruan di sana,” sebaliknya Khalid menegaskan dengan membenarkan perkataan ‘Allah’ untuk agama-agama lain akan membina platform yang sama di kalangan orang yang berbeza keimanan di negara ini untuk menggalakkan perbincangan antara agama.

“Persoalan pluralisme juga tidak ada di sini kerana Al Quran telah menegaskan satu-satunya agama yang diterima oleh Allah adalah Islam,” katanya.

Khalid juga menegaskan bahawa isu ini bukan isu agama, sebalik ia merupakan satu isu politik semata-mata.

Isu ini katanya telah diperjuangkan oleh kumpulan-kumpulan sayap kanan Melayu untuk menjadikan Islam sebagai eksklusif untuk orang Melayu dan membina halangan antara umat Islam dengan bukan Islam di negara ini.


“Mereka mahu mengekalkan kedudukan istimewa, hegemoni di negara ini … mereka mahu menjauhkan orang Melayu daripada orang bukan Melayu di negara ini, supaya isu-isu seperti tadbir urus baik, yang disokong oleh bukan Melayu, tidak menjadi perkara utama bagi masyarakat Melayu ,” kata Khalid.

Sementara itu, Persekutuan Kristian Malaysia (CFM) lapor FMT akan tetap menggunakan perkataan “Allah” dalam ibadah dan doa mereka, meskipun mahkamah melarangnya, tegas pengerusinya, Rev Eu Hong Seng.

Walaupun kecewa dengan keputusan Mahkamah Rayuan hari ini, namun ia tidak menjejaskan penggunaan perkataan “Allah’ dalam Al Kitab berbahasa Melayu.

“Kami menjangkakan YAB Perdana Menteri kami (Datuk Seri Najib Tun Razak) dan Kabinet akan terus menghormati penyelesaian 10 perkara berkenaan dengan Alkitab dalam Bahasa Melayu.

“Kami akan terus menggunakan perkataan ‘ Allah’ dalam ibadah kami dan bahan-bahan pendidikan di gereja, ” kata Eu.


Di sini kita dapat lihat agenda tersirat penggunaan kalimah Allah adalah untuk mengelirukan umat Islam dan menyatakan bahawa semua agama adalah sama. Perkataan Allah, solat, tauhid, Rasul, Kaabah, haji merupakan hak orang Islam yang tidak boleh dicerobohi oleh mana-mana pihak kerana ia akan menjadikan umat Islam keliru, ragu-ragu dan tersilap mengenal sifat-sifat Allah serta menggugat akidah.

Perkembangan ini sangat bahaya kerana boleh mempengaruhi umat Islam atas dasar hak asasi manusia.

Ada segelintir pemimpin Islam negara ini yang dilihat terpengaruh dengan dasar tersebut hingga tergamak memperjuangkan liberalisasi, pluralisme agama dan menghalalkan LGBT dan sanggup menggadaikan agama Islam dan negara.

Sebagai umat Islam yang beriman, kita perlu peka dan bertanggungjawab dalam isu ini. Sikap membenarkan sesiapa sahaja menggunakan kalimah Allah semata-mata untuk menunjukkan bahawa Islam meraikan agama lain, hanya akan mendatangkan mudarat yang lebih besar kepada agama dan umat Islam.

Adakah kita sanggup mendengar golongan bukan Islam memanggil gereja mereka sebagai rumah Allah? Mahukah kita mendengar panggilan nama Tuhan dan berhala mereka sebagai Allah?

Sudah pasti ramai umat Islam yang tak kuat imannya akan terkeliru, terpesong dan mungkin murtad. Jadi, umat Islam negara ini kena bertanggungjawab menyekat gerakan kelompok ekstremis dalam pertubuhan agama.


Sementara itu orang Islam yang mempertikaikan keputusan Mahkamah Rayuan berhubung penggunaan kalimah Allah oleh pihak gereja Roman Katolik dan majalah mingguan The Herald boleh menjadi kafir serta murtad.

Dalam nada tegas, Penasihat Majlis Agama Islam Johor, Datuk Nooh Gadut berkata, tindakan mempertikaikan keputusan itu oleh umat Islam sendiri juga mencerminkan akidah dan syariat mereka sesat serta keji dari segi akhlak.

Namun, katanya, kafir dan murtad seseorang itu jatuh sekiranya mereka mempertikaikan dalam keadaan sengaja dan waras.

''Kalau takdirnya yang mempertikaikan itu umat Islam, mereka boleh menjadi kafir dan murtad sekiranya (kenyataan mempertikaikan) itu dilakukan dengan sengaja," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Jadi dengan apa yang berlaku, apakah status Islam buat Mahfuz dan Khalid Samad sekarang? Fikir dan renongkanlah! Wallahuallam.

Suara Politik
Belantan

Tiada ulasan: