Rabu, Oktober 23, 2013

GEMPAR...!!! Remaja perempuan dibunuh kejam berhampiran Shah Alam?

Anggota polis forensik memeriksa mayat seorang remaja perempuan yang ditemui dalam sebuah beg di Jalan Kebun Nenas, Kampung Jawa, Klang, Selangor, malam tadi. 

SHAH ALAM 22 Okt. - Seorang gadis berusia 15 tahun yang hilang sejak semalam ditemui dibunuh dengan kejam apabila mayatnya dimuatkan dalam sebuah beg di kawasan semak di Jalan Kebun Nenas, Kampung Jawa di Klang malam ini.

Mangsa, Ng Yuk Tim dipercayai dibunuh oleh teman lelakinya setelah suspek mengaku melakukan perbuatan tersebut.

Mayat gadis itu ditemui pukul 8.30 malam ini selepas suspek ditahan kerana disyaki terlibat dalam pembunuhan tersebut.

Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk Abdul Rahim Jaafar berkata, mangsa dilaporkan hilang sejak pukul 11 pagi semalam dan dipercayai dibunuh petang semalam.

"Mayat remaja itu ditemui lengkap berpakaian dalam sebuah beg pakaian dan ditinggalkan di tepi jalan kawasan semak. Terdapat kesan kecederaan di kepala dan tangan, polis percaya mangsa dibunuh dalam tempoh 24 jam sebelum mayatnya ditemui," katanya ketika ditemui di lokasi penemuan mayat itu malam ini.

Sementara itu, Presiden Komuniti Kepolisan, Kuan Chee Heng memberitahu, ibu remaja terbabit meminta bantuan mencari anaknya itu hari ini selepas dia tidak pulang ke rumah sejak semalam sebaik sahaja keluar bersama teman lelakinya.

Beliau berkata, teman lelaki mangsa mendakwa dia telah menghantar mangsa ke sebuah stesen LRT selepas berjumpa mangsa dan melalui maklumat tersebut, mereka cuba mencari mangsa di sekitar kawasan itu.

"Pencarian tersebut gagal sehingga saya mengesyaki sesuatu yang tidak kena pada suspek selepas ternampak tanda gigitan pada tangan suspek," katanya selepas membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah di sini malam ini.

Menurut Chee Heng, selepas didesak suspek yang berusia 23 tahun itu mengaku membunuh mangsa selepas cuba merogol remaja terbabit di Kampung Cempaka, Sungai Way sebelum mayatnya dicampak di Klang.

Mayat mangsa dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya manakala suspek kini ditahan mengikut Seksyen 302 bagi membantu siasatan.-UMO

Suara Politik
Belantan

Tiada ulasan: